Bayi Sering Dicium “Dijangkiti” Herpes. Amaran Untuk Semua Ibubapa!!!

BAHANA… Seorang ibu yang sering mencium bibir bayinya telah menyebabkan bayi yang berusia tiga bulan itu dijangkiti herpes hinggakan seluruh badannya penuh dengan bintik merah.

Bayi berkenaan telah dikejarkan ke klinik berhampiran namun doktor yang bimbang dengan keadaannya kemudian memindahkan bayi tersebut ke hospital di Hangzhou, China.

“Seluruh badan bayi itu kemerahan dan berair. Dia juga demam panas kerana jangkitan berkenaan tidak dirawat selama beberapa hari. Kesian melihatnya,” kata doktor yang merawatnya, Dr. Zhu Haiqiao.

Pada mulanya doktor menyangka bayi tersebut mengalami sakit kulit namun selepas rawatan barulah dia dikenal pasti terkena herpes.

Dr. Zhu percaya bayi itu dijangkiti penyakit berkenaan dari ibunya, yang selalu menciumnya di bibir. Bayi yang terkena herpes berisiko mengalami kerosakan organ dan ada sesetengah kes boleh membawa maut.

Nasib baik penyakit itu dapat dirawat dan bayi berkenaan kini telah dibenarkan balik ke rumah.

Credit to Mynewshub

Cerita lain…..

[VIRAL] “Walaupun Saya Miskin, Tapi Saya “Tak Nak” Ponteng Sekolah”. Seorang Abang Menjadi Terkenal Di Laman Sosial Kerana Sanggup Bawa Adiknya Kerana Semangat Untuk Belajar.

Seorang budak lelaki dari Filipina menjadi bintang media sosial selepas dia membawa adik lelakinya yang berusia satu tahun ke kelas kerana dia tidak mahu ponteng sekolah dan tidak ada orang yang dapat menjaga adiknya itu di rumah.

Dia yang dikenali sebagai Justin berusia 7 tahun, segera menjadi terkenal memandangkan gambar dia memegang adik lelakinya di pangkuannya menjadi tular di internet.

Justin adalah pelajar Gred 1 (Darjah 1) di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan yang terletak di kawasan pedalaman kampung Salvacion di bandar Magallanes, wilayah Sorsogon, Filipina.

Kampungnya itu terletak 600 kilometer daripada Manila.

Gurunya yang hanya ingin dikenali sebagai Puan Lei mengambil gambar yang menunjukkan Justin memegang adik lelakinya di pangkuannya semasa sedang menulis di kelas dan menyiarkannya di Facebook.

Saya tidak mahu ponteng, puan. Saya akan membawa adik saya yang berusia satu tahun di sini kerana nenek saya perlu bekerja di ladang dan tiada siapa yang akan menjaga dia,” tulis guru itu di halaman Facebooknya memetik kata Justin dalam dialek Bicol tempatan.

Kata-kata budak lelaki itu menyentuh perasaan ramai netizen kerana bagaimana ia bersikap matang dan bertanggungjawab berbanding dengan kanak-kanak lain seusianya. Ramai netizen berharap masa depannya cerah dan berjaya.

Bagaimanapun, gambar itu juga membangkitkan perdebatan di media sosial di mana ramai netizen mengkritik ibu bapa budak lelaki tersebut dan perancangan keluarga miskin di Filipina.

Beberapa netizen bahkan membandingkan anak lelaki dengan pelajar kolej yang meninggalkan pengajian mereka untuk menyertai perhimpunan untuk membantah Presiden Rodrigo Duterte.

Walau bagaimanapun, budak lelaki ini pasti memiliki hati budi yang murni, sanggup menjaga adik lelakinya walaupun dia mahu menghadiri kelas. Kami berharap dia berjaya dalam hidupnya dan dengan kejayaannya itu dia dapat membantu keluarganya yang miskin.

Credit to Era Baru

Cerita lain….

[VIDEO] Apa Yang Pengiring Kereta PM Jepun Ini Lakukan Buat Ramai KAGUM

Pernah tak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, selepas berjam lamanya baru tahu mengapa sesak. Rupanya nak bagi laluan kepada kenderaan rasmi kerajaan untuk lalu. Sudah lah terpaksa menunggu berjam-jam, habis terganggu jadual harian dengan lambat ke office, nak hantar anak ke sekolah, terlepas meeting penting lah dan bermacam lagi. Ada yang sampai tutup jalan dan langsung tidak boleh lalu sehingga lah kereta rasmi tersebut lalu dahulu. Jangan tipu lah korang tak pernah mengamuk kan?

Jika itu adalah situasi biasa di Malaysia, lain pula ceritanya jika di Jepun. Jepun memang terkenal dengan budayanya yang beradab, hormat dan santun. Video yang menunjukkan bagaimana rombongan kereta yang mengiringi PM Jepun pasti akan membuatkan korang rasa hormat yang tinggi pada budaya Jepun.

Pengiring tunduk untuk tunjuk rasa hormat

Video ini menjadi viral dimana pengiring-pengiring PM Jepun, Shinzo Abe membuka tingkap kereta untuk menunjukkan tanda hormat kepada kenderaan lain yang membeli laluan kepada mereka. Rombongan rasmi itu terdiri daripada 5 kereta sahaja dan langsung tidak mengganggu lalu lintas sehingga mengakibatkan kenderaan langsung tidak bergerak.

Dengan mudah sahaja mereka memasuki jalan raya tanpa mengakibatkan sebarang masalah. Tidak seperti kebiasaan dimana kesemua kereta diarahkan untuk berhenti di tepi jalan atau juga berikan laluan kepada VIP walaupun di tengah-tengah kesesakan jalan raya. Best kan kalau VIP atau ahli politik di Malaysia turut sama jadikan PM Jepun ini sebagai contoh di jalan raya?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*