“Kau Yang Makan Jalan, Lepas Tu Kau Fitnah Kami”. Namun Kemalangan Ngeri Tersebut Terakam Dalam “Dashcam”.

TULAR di media sosial rakaman dashcam sebuah kereta pacuan empat roda ‘menghentam’ kereta yang dinaiki sebuah keluarga sehingga mengakibatkan kecederaan parah buat dua warga emas.

Manakala seorang lelaki dan anaknya yang juga berada di dalam kereta yang sama turut mengalamai kecederaan dalam kemalangan yang berlaku pada petang Khamis itu di Changkat Jering, Taiping, Perak.

Dakwa mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Redzwan, pemandu Toyota Hilux terbabit secara tiba-tiba memasuki lorong bertentangan lalu melanggar kereta Toyota Vios yang dipandunya itu.

Kejadian itu menyebabkan ibunya patah tulang rusuk kiri dan kanan, manakala bapanya pula patah rahang, kaki dan kecederaan teruk sehingga berjahit di kepala.

Sementara itu Mohamad Redzwan juga cedera dan anak kecilnya cedera di bahagian lidah akibat tergigit serta isterinya mengalami lebam-lebam di beberapa anggota badan.

Pemandu Hilux yang memandu serta dinaiki bersama-sama dengan isteri dan anaknya pula dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.

Kemalangan itu menyebabkan kereta Hilux terbabit terbalik dan kereta mangsa pula remuk teruk di bahagian kanan.

Biarpun rakaman jelas menunjukkan kereta Hilux itu memasuki laluan mangsa sebelum dirempuh, pemandu Hilux terbabit dikatakan membuat laporan palsu kononnya kemalangan berpunca akibat daripada kecuaian mangsa.

“Dia buat laporan kata saya masuk laluan dia. Dia langsung tak jumpa saya dan keluar, malah minta maaf pun tiada,” kata Mohamad Redzwan yang juga menegaskan mahu mengambil tindakan undang-undang berhubung kes itu.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan, Mohamad Redzwan mendakwa anak pemandu Hilux itu juga memarahinya kerana percaya kejadian itu konon berpunca daripada kecuaiannya.

Menceritakan semula saat kejadian itu, Mohammad Redzwan menyedari kereta Hilux itu tersasar dari laluan lalu dia membunyikan hon untuk memberi amaran.

Namun pemandu terbabit masih tidak perasan dan Mohamad Redzwan cuba mengelak ke bahu jalan namun tetap dilanggar kereta itu.

“Saya nampak dia dah keluar dari laluan dia. Saya hon, dia makin masuk. Saya dah ke tepi sehabisnya tetapi tak dapat juga nak mengelak. Mungkin orang itu tertidur,” katanya.

Difahamkan, mangsa kini masih menunggu hasil siasatan polis sebelum membawa hal itu ke mahkamah untuk tindakan lanjut.

Sumber Mynewshub

Insiden lain….


Video: ‘Anjing’ Ini Yang Langgar Pakcik Saya…

KES langgar lari seperti tiada berkesudahan dan terima kasih kepada rakaman kamera litar tetutup (CCTV), kini lebih banyak bukti insiden kejadian itu berjaya direkodkan.
Terbaharu, rakaman video menunjukkan tindakan seorang pemandu kereta yang terus ‘cabut’ melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal tersebar di media sosial.

Menurut Syed Shafiq Al-Qadri, insiden terbabit berlaku pada awal pagi ketika mangsa yang juga bapa saudaranya sedang menunggang motosikal di Lebuhraya Mahameru untuk menuju ke pusat bandar.

“Mohon kongsikan video sehingga dapat tahu ‘anjing’ yang membawa kereta putih tersebut. Sekiranya ada maklumat atau boleh membantu mendapatkan kamera yang lebih jalas boleh pm inbox saya,” tulisnya sejam yang lalu.

Berdasarkan rakaman pendek berkenaan, kereta berwarna putih itu memandu secara laju sebelum merempuh mangsa yang sedang menunggang motosikal di bahagian kiri lebuh raya.

Menyedari kecuaian yang dilakukan, pemandu tidak bertanggungjawab itu dilihat terus memecut laju meninggalkan mangsa yang terkontang kanting tertiarap di bahu jalan.

Bagaimanapun nombor plat pendaftaran pemandu terbabit tidak berjaya diperolehi ekoran imej dan kualiti rakaman CCTV berkenaan yang agar kabur menyukarkan pemerhatian pihak berkuasa.

Difahamkan, bapa saudaranya itu mengalami kecederaan patah kaki dan masih menerima rawatan rapi di hospital, namun keadaannya dikatakan semakin stabil.

Thanks credit to Mynewshub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*