[VIDEO] Gadis Cantik Berpura-Pura Mabuk Untuk Lihat Reaksi Lelaki, Namun Setelah Dikasari Membuatkan Dia Trauma & Ketakutan.

Gadis Cantik Berpura-Pura Mabuk Untuk Lihat Reaksi Lelaki ,, Tapi Menerima Kejutan Yang Buatkan Dirinya Menyesal Seumur Hidup !!

Jika anda ternampak seorang gadis cantik mabuk di tepi jalan, apa yang akan anda lakukan? Menolong atau mengambil kesempatan atas kesempitan? Ini lah yang berlaku ketika satu eksperimen sosial dilakukan. Tonton Video..

Seorang pelakon cantik melakukan eksperimen sosial dengan berpura-pura mabuk di tepi jalan. Dia berpura-pura kehilangan kawan-kawannya dan kehabisan bateri. Eksperimen itu dirakam dalam bentuk video dan dimuat naik ke Youtube.

Ada salah satu detik yang mengejutkan ketika pelakon cantik itu bertemu seorang lelaki. Saat itu, lelaki yang berbaju putih itu menyandarkan pelakon eksperimen di dinding dan menciumnya beberapa kali.

Untuk mengelakkan apa-apa terjadi kepada pelakon itu, salah seorang anggota kumpulan eksperimen yang menyamar, terus pergi ke arah mereka berdua.
Lelaki berbaju biru itu berpura-pura mengajak gadis itu pergi untuk menyelamatkannya.

Lalu, lelaki berbaju putih itu tidak berpuas hati dengan tindakan anggota kumpulan tersebut berkata “Hey, kenapa kamu nak bawa dia pergi? Kamu tidak boleh membawanya pergi!” Akhirnya, pelakon tersebut berjaya lepas dari cengkaman lelaki berbaju putih itu dan pergi bersama anggota kumpulannya.

Rakaman ini dibuat di kota Madrid, Spanyol, sebagai eksperimen sosial berkaitan reaksi lelaki apabila melihat wanita mabuk di jalanan.

Arak beri kesan buruk pada diri, keluarga, masyarakat dan negara

PENGHARAMAN arak dan kesan buruknya telah dijelaskan dalam ayat-ayat Al Quran dan Hadis Rasulullah saw lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti tinggalkan solat dan berani melakukan maksiat, boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan. Ayat-ayat Al Quran mengenai pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambil kira orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah.

Tahap pertama mengatakan adanya kandungan alkohol dalam anggur (An Nahl:67), tahap kedua menyatakan mudarat minum arak lebih besar daripada manfaatnya ( Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula mengenai larangan melakukan solat ketika mabuk (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus pengharaman arak (Al Maa’idah: 90).

Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamr, berjudi, (berkorban untuk} berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya.”

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa meminum minuman keras hingga masuk ke dalam perutnya maka tidak diterima shalatnya selama 7 hari, apabila meminum minuman keras sampai hilang akalnya (mabuk) maka tidak diterima shalatnya selama 40 hari, apabila ia mati, matinya dalam keadaan kafir, apabila ia bertaubat maka Allah akan menerimanya, apabila ia mengulanginya lagi maka hak Allah nanti akan memberikan minuman dari darah campur nanah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Kebanyakan agama di dunia seperti Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh juga mengharamkan arak di dalam kitab-kitab mereka kerana kesan-kesan dan akibat-akibatnya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Orang yang minum arak didapati apabila mabuk, mereka mudah melakukan kejahatan dan maksiat berterusan tanpa rasa bersalah di samping pelbagai masalah kesihatan yang dihadapinya.

Pada tahun 2015, data terbaru daripada Badan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai laporan status global mengenai alkohol dan kesihatan, menunjukkan bahawa orang di Tajikistan mengambil minuman beralkohol paling banyak setiap tahun, dengan jumlah rata-rata 30.3 liter per orang. Ini agak mengejutkan kerana majoriti penduduk ialah 80 peratus Muslim. Ini bermakna orang bukan Islam minum alkohol dengan jumlah yang sangat banyak. Di urutan kedua ialah Rusia, dengan rata-rata konsumsi alkohol 22.3 liter per orang. Di tempat ketiga ialah Cina (15.1 liter) diikuti Ireland dan Jerman (14.7 liter). Dikatakan bahawa antara sebab pengambilan alkohol ialah memanaskan badan, menghilangkan rasa sedih dan stress serta sebagai suatu kebiasaan.

Di Eropah, di mana masalah ketagihan arak agak menular dan telah menyebabkan kadar kematian yang tinggi akibat kemalangan, kecederaan dan penyakit ‘liver cirrhosis’ serta kanser hati, pelbagai pihak termasuk kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkannya termasuk mengharamkan penjualan arak di stesen-stesen minyak, menaikkan cukai jualan arak dan meletakkan amaran kesihatan di label-label botol-botol arak.

Menurut catatan World Health Organization (WHO) pada tahun 2011, tercatat 2.5 juta penduduk dunia meninggal dunia akibat alkohol dan 9 peratus kematian tersebut terjadi pada orang muda (15-29 tahun). Adalah difahamkan bahawa minuman beralkohol yang ada di kalangan masyarakat mengandungi kadar alkohol yang agak berbeza. Bir umumnya mengandungi alkohol 3.5-5 peratus, wine mengandungi alkohol 10-14 peratus, fortified wine mengandungi alkohol 14-20 peratus manakala whisky dan vodka mengandungi alkohol yang paling tinggi iaitu 40 peratus.

KESAN-KESAN ALKOHOL PADA MANUSIA

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.

Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindak balas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 jam kemudian. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Apabila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Via Kakitapau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*