ZALIM!!! Bapa Tetak Anak Sampai Mati Kerana Suka “Mencarut”!!!

BAPA ZALIM – Malu dengan jiran anak suka berkata l#c@h, bapa tet@k anak sehingga mati

Seorang kanak kanak berusia 8 tahun ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dipercayai di b#nuh oleh bapa kandungnya sendiri Ahmad Sulaimi 48 tahun di rumahnya di Karang Bagu, Mataram, Indonesia.

Haris Dinzah, Ketua Polis Mataram, berkata pihaknya telah berjaya menahan Ahmad Sulaimi tanpa sebarang kesukaran dan sudah mengaku atas perbuatannya.

Motif pemb#nuhan dipercayai akibat dari kesal dengan perangai anaknya Muhammad Albani yang selalu menuturkan kata-kata kesat terhadapnya dan isteri.

Ketika kejadian Sulaimi dikatakan baru sahaja bangun dari tidur mengambil sebilah parang dan terus menetak anaknya yang tengah tidur di atas tilam di ruang tamu.

Akibat dari tetakan kepala bahagian kiri mangsa koyak dan meninggal di tempat kejadian.

Sementara menurut ibu mangsa tidak ada perilaku pelik mahupun mencurigakan suaminya itu sebelum memb#nuh anak bongsu mereka “Ia nampak normal, Muhammad Albani adalah satu-satunya anak lelaki kami dan suami sangat memanjakannya dengan apa yang terjadi saya sangat terkejut, katanya.

Kata-kata kasar berbaur l#c@h dan suka mengumpat kedua ibubapa adalah punca kematian kanak-kanak berkenan, kata Haris Dinzah.

Beliau juga berkata bahawa bapa mangsa tidak mengalami gangguan jiwa mahupun mendengar bisikan ghaib yang menyuruh untuk memb#nuh anaknya itu. Ia adalah pemb#nuhan murni, katanya.

Bagaimanapun Sulaimi turut menyesal dengan apa yang dia lakukan. Anak saya suka mengumpat dan berkata kotor kepada kami, saya malu dengan jiran tetangga dan orang kampung, ujar Sulaimi dengan nada kesal.

Via KakiTapau

Artikel lain….

SURIN – THAILAND.

Dua guru tergamak mengikat tangan dan menutup mata dua kanak-kanak perempuan lima tahun dengan pita pelekat di sebuah sekolah di bandar itu.

Memetik laporan Metro.co.uk, tindakan itu dibuat sebagai hukuman terhadap kenakalan kanak-kanak itu yang mengoyakkan kertas.

Seorang lagi guru kemudiannya merakamkan foto kanak-kanak itu untuk ditunjukkan kepada ibu bapa dua kanak-kanak terbabit.

Tidak puas hati dengan tindakan guru-guru tersebut, ibu bapa dua kanak-kanak berkenaan cuba berdepan dengan guru besar sekolah itu bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun jawapan yang diterima agak mengecewakan apabila guru besar telah mempertahankan tindakan kedua guru tersebut, dengan mengatakan hukuman itu dibuat dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak itu untuk memberi tumpuan dalam kelas.

Gambar tersebut kemudiannya tular di media sosial sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa Thailand.

Polis yang menyiasat kes tersebut kemudiannya mengenakan denda sebanyak £915 (RM5,062) sebagai denda.-Sinarkoy

Sumber: mynewsviral via KakiTapau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*