[TERHARU] Niat Untuk Ke “Tanah Suci” Seringkali Ditolak Hanya Kerana Bertattoo. Namun Akhirnya….

Bob Sick telah ditolak 9 agen perjalanan umroh hanya kerana bertattoo. Itu menjadi halangan niat sucinya.

Namun….

Tiada yang dapat menghalang kalau sudah Allah menentukan kehedaknya terhadap makhluk ciptaannya. Ia adalah zat yang maha besar, maha pencipta dan penguasa seluruh alam semesta.

Kisah berikut ini mungkin salah satu bentuk kehendak Allah. Kisah Bob Sick, seorang lelaki yang tubuhnya dipenuhi tatto akhirnya bisa beribadah dan menginjakkan kaki di Masjidil Haram, Mekkah.

Berikut kisahnya:

Lelaki ini memilika nama asli Bob Yudhita Agung dikenal sebagai seniman kartunis berasal dari Jogjakarta. Badannya penuh tato. Dia merelakan kulit tubuhnya dijadikan tempat praktik para seniman tatoo untuk belajar.

Suatu ketika Bob Sick tiba-tiba ingin berangkat umrah mengunjungi Tanah Suci Mekkah dan berziarah ke makam Baginda Nabi Muhammad SAW. Namun niat suci dari Bob tidak berjalan seperti dirancang. Ketika dirinya mendaftar ke sebuah agen perjalanan umrah, dirinya langsung ditolak. Ada 9 agen perjalanan umroh yang telah menolak Bob Sick tanpa alasan yang jelas.

Akun Facebook Bang Gasruk menulis soal Bob :

Sebanyak 9 syarikat pengiring jemaah Haji menolaknya karena berbagai alasan tentang pandangan Agama terhadap tatoo. Sampai akhirnya agen ke-10 yang Ia datangi setuju dan akhirnya Bob Sick dapat menjalankan Ibadah Umroh di Tanah Suci Mekkah.

Bob mengaku dia menyuruh orang lain untuk menguruskan urusannya mendaftar nama, tapi katanya, 9 agen perjalanan menolak Bob. Ketika ditanya, apakah penolakan itu karena Bob penuh tato, Bob hanya menjawab : mungkin tattoo penyebabnya.

Tapi, disinilah justru kebesaran Tuhan terlihat. Bob akhirnya telah berangkat setelah sebuah agen perjalanan menyetujui membawa Bob.

Dalam sebuah foto yang viral di sejumlah sosial media memperlihatkan ketika bob berada di Masjidil Haram dengan wajah penuh tatto sambil memakai Kafiyeh.

Sumber: tambahcheeze via Kakitapau

Seterusnya…sekadar perkongsian.

Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas. Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.

Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”

Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)

Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.

Terjemahan Bahasa Rumi:

Bismillah hir’rahma nirra’him.

Alhamdulillah hirob bil a’lamin.

Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.

Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman.

Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo.

Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtam alaina bisuu i’ khotimah.

Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab.

Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar.

Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam.

Walham dulillah hirob’bil a’lamiin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Sumber: doaharian.mytoha.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*