Altimet, Rapper Lagend Malaysia. Ramai Yang Tak Tahu Siapa Dia Sebenarnya.

Siapa tak kenal dengan Altimet. Suatu nama besar dalam seni rap dan hip-hop tanahair. Beliau yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew namun selepas kumpulan itu berpecah, beliau memulakan kerjaya secara solo.

Ketika inilah nama beliau melonjak naik dengan lagu hits kolaborasi Altimet bersama penyanyi lain seperti Kalau Aku Kaya, nyanyian bersama Awi Rafael dan Not For Sale, nyanyian bersama Stacy.

Altimet kini bernaung di bawah label Kartel Records milik Joe Flizzow.

Biodata Altimet

Altimet bukan sahaja dikenali sebagai seorang rapper malah beliau juga adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan juga Pengarah Eksekutif Kartel Records!

Perkara Menarik Tentang Altimet

1 Meminati lagu hip hop sejak berusia 11 tahun lagi.

2 Lagu berjudul Bring The Noise dendangan asal Antrax dan Public Enemy yang menggabungkan irama rock dan rap menjadi pencetus minat beliau dalam genre muzik rap dan hip hop.

3 Meminati penyanyi rap MC Hammer, Cypress Hill dan kumpulan hip hop Wu Tang Clan suatu ketika duhulu.

4 Menyertai kumpulan Teh Tarik Crew dengan Mizz Nina, Taufiq dan DJ Fuzz dari tahun 2000 hingga 2004 sebelum muncul dengan Adeep The Fabulous Cats pada tahun 2008.

Mungkin ramai yang tidak mengenali Altimet, seorang rapper tempatan, penghibur, penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

Beliau bukan sahaja telah mendapat beberapa pencalonan dan anugerah, malah Altimet juga telah bersama-sama menulis lagu berjudul “Malaysian Boy” untuk Astro bagi Konsert Suara Kami 2011 dan juga lagu “Selamanya” untuk pasukan bola sepak Negara.

Namun di sebalik kejayaan beliau, apa yang kita tahu mengenai lelaki yang rendah diri ini selain daripada nama sebenar beliau Ahmad bin Abdul Rahman dan tarikh lahir beliau yang jatuh pada 27 November 1978?

Sebagai Pengarah Eksekutif baru Kartel Records, apa yang Altimet lakukan untuk terus mengukuhkan syarikat ini?

Sekarang ini, saya sedang mencari bakat baru untuk mengembangkan lagi label rekod saya. Saya juga sedang mencari bahan baru, dan sudah berada di separuh jalan.

Maksud Altimet kumpulan Hero Malaya? Boleh ceritakan lebih lanjut?

Ya, itu satu. Apa yang boleh saya katakan adalah semua lagu berunsur nostalgia, seperti tribute saya dalam “P. Ramlee… Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi”. Kemudian ada juga rancangan kemunculan di televisyen. Oh, dan saya juga akan mengalih suara untuk tayangan animasi.

Pernah terdetik di hati untuk berlakon pula?

Tidak. Saya hanya boleh menulis muzik, rap dan jadi pengacara. Saya tak rasa saya boleh berlakon ataupun mengarah filem.

Altimet gemar menonton filem tapi tak suka berlakon?

Ya, betul. Pada saya untuk menjadi pelakon memerlukan minat dan juga bakat. Saya rasa bakat saya lebih ke arah nyanyian dan mencipta lagu.

Bagaimana Altimet mendapat inspirasi untuk muzik?

Selalunya ilham dalam membuat sesebuah lagu hadir di sekeliling saya. Persekitaran saya yang membuatkan ilham untuk mencipta lagu hadir, tapi bukan setiap masa , ianya datang mengikut keadaan. Bayangkan jika anda bukan seorang rapper ataupun penghibur, apa yang akan anda lakukan sekarang? Pencuci bangunan mungkin! Saya tidak dapat bayangkan diri sendiri selain dari apa yang saya lakukan sekarang selain jadi pencuci bangunan.

Siapa penyanyi kegemaran Altimet?

Susah saya nak jawab. Kalau saya perlu pilih satu, saya pilih Plan B. Beliau adalah seorang rapper, penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengarah filem dari Britain.

sumber- azhan.co via sayangawak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*