Siapa Sebenarnya Juara AJL32 Kita? Ini Biodata Sebenar Hael Husaini…

Inilah Biodata Hael Husaini Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Dia Dah?

Nama lahir Hal Husaini bin Razmi

Kelahiran 10 Disember 1987 (umur 30)

Berasal dari Kunak,Sabah Malaysia

Genre Pop, R&B

Pekerjaan Penyanyi

Tahun aktif 2013–kini

Hal Husaini bin Razmi atau lebih dikenali sebagai Hael Azhael atau Hael Husaini merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop bersama Mohd Azhar Osman. Beliau mula menceburi industri seni suara setelah bergelar Naib Juara Akademi Fantasia Musim 10 pada tahun 2013.

Lagu debut nyanyiannya berjudul “Hentian Terakhir” yang dicipta sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Damien VE berjaya melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang penyanyi muda yang digemari ramai.

Pada tahun 2017, Hael Husaini telah mengeluarkan kenyataan pengunduran diri dari kumpulan duo Azhael di laman instagram beliau pada 2 Februari 2017. Beliau akan tetap meneruskan aktiviti seni namun secara solo

Lirik Lagu Jampi – Hael Husaini :

Bermula Pandang pertama

Terlihat Kamu di depan mata

Terasa Debar di dada

Menahan Rasa bila kau ada

Kau Buat ku terpaku

Sepertinya Diriku yang mahu

Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri

Ternyata diriku bagai sudah dijampi

Dan Bila kau hambakan hati ku kembali

Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha Ha ha aku ketawa

Terasa Aku tak tentu arah

Kau Buat ku terpaku

Sepertinya Diriku yang mahu

Diri Kamu

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri

Ternyata Diriku bagai sudah dijampi

Dan Bila kau hambakan hati ku kembali

Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Malam, Berganti malam

Masih Terbayang

Apa Yang berlaku

Pada Diriku

Ternyata Kamu

Ternyata Kau mahu diriku

Selama Kau milik ku

Dan Bila kau hadir bagai satu misteri

Ternyata Diriku bagai sudah dijampi

Dan Bila kau hambakan hati ku kembali

Ternyata Hanya kau harus aku cintai

Dan Bila

Ternyata Kau yang aku cintai

Sejak kebelakangan ini, nama Helena mula melatari beberapa gambar yang dimuat naik oleh pelantun Jampi ini di laman Instagramnya.

Sehingga ada peminat yang kecewa kerana menyangkakan Hael Hussaini sudah pun mendirikan rumah tangga dan bergelar bapa.

Bagaimanapun Hael yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, Helena adalah anak angkat yang diambil dari sebuah keluarga bulan lalu.

“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki berganda yang ALLAH SWT kurniakan kepada saya selepas lagu Jampi diterima ramai.

Bagaimanapun buat masa ini saya belum boleh berkongsi lanjut mengenai anak ini kerana ia masih lagi dalam proses dokumentasi.

“Tapi bila semuanya dah selesai, saya akan kongsikan lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Tambah Hael, 30, kehidupannya kini berubah 360 darjah dan dia harus membahagi masa terhadap anak dan kerjayanya itu.

Helena masih kecil dan masih perlukan perhatian. Tidak dinafikan hidup saya memang berubah secara total.

Namun saya bernasib baik kerana keluarga juga banyak membantu menjaganya, lebih-lebih lagi ketika saya keluar bekerja,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan rayanya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata, dia hanya membuat persiapan secara sederhana sahaja.

Bila pergi membeli-belah memang geram tengok macam-macam baju, tapi sebabkan Helena masih kecil, jadi tidak banyak sangatlah pilihan yang ada.

Untuk family semua dah settle, saya memang dahulukan mereka dan akan pulang berhari raya di Seri Menanti, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi perkembangan kariernya selepas bergerak solo, Hael berkata,

perjalanannya kini bertambah baik dan

dia juga mempunyai peminat baru.

“Tidak dinafikan selepas awal-awal bergerak solo, memang agak sukar.

“Tapi saya percaya pada rezeki, saya buat kerja saya, saya menyanyi, buat lagu dan kalau ia rezeki saya, ia akan datang.

Apapun Tahniah Hael Kerana Menjulang Anugerah Juara Lagu yang Ke 32 Malam Tadi..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*