“TokTi” Teruja Dan Sebak Bulan Depan Bakal Bertemu Dengan Cahaya Mata Yang Di Nanti-nanti Selama 11 Tahun.

Tahun 2018 menyaksikan ramai selebriti berkongsi khabar gembira dengan menyambut kelahiran cahaya mata baru. Ini termasuklah penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini menghitung hari menimang cahaya mata pertamanya bersama Datuk Khalid Mohd Jiwa.

PENYANYI nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menanti detik kelahiran puteri sulungnya bulan depan.

Melalui perkongsian penyanyi kesayangan ramai ini, beliau sendiri berasa sebak dan teruja dengan kelahiran bakal cahaya matanya itu yang disahkan bayi perempuan selepas 11 tahun menunggu zuriat yang diidam-idamkannya.

“SubhanAllah. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Tak sangka bulan depan saya bertemu cahaya mata yang dinanti-nantikan.

“Semoga semuanya dipermudahkan dan semuanya sihat sempurna. Ya Allah terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Tambah Siti, beliau turut berharap agar proses bersalinnya nanti dipermudahkan dan bayi yang bakal lahir berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Sejak disahkan hamil empat bulan pada Oktober tahun lalu, Siti sentiasa berkongsi pengalaman terkini beliau bersama peminatnya di laman sosial.

Terdahulu Siti juga mengaku menjalani rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya.

Siti bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Dalam perkembangan lain, Siti turut berkongsi hadiah yang diterimannya daripada peminat yang boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja yang diterima.

Murah rezeki Siti dan bakal anaknya itu. Sudah pasti ramai yang turut tidak sabar menanti kelahiran baby of the year ini!

Via Ketukketampi.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*