“Demi Isteri Lautan Salji Ku Harungi” Kesulitan Yang Diharungi Seorang Warga Emas Buru Binaan.

Perumpamaan itu juga menggambarkan kesanggupan seorang pekerja migran di China yang sanggup menempuh ‘onak duri’ demi cintanya terhadap si isteri.

Zhao Fangzi, 60, berjalan sejauh 40 kilometer dalam cuaca sejuk dan meredah salji tebal untuk pulang ke kampung halamannya di Mengjin, wilayah Henan.

Buruh binaan itu perlu memilih sama ada mengambil teksi atau berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya selepas terminal bas ditutup susulan ribut salji yang melanda Shanghai sejak minggu lalu.

Warga emas itu anehnya memilih untuk berjalan kaki, daripada terpaksa membayar tambang teksi kira-kira 200 yuan (RM122).

Malah lebih hebat lagi, dia melakukannya dengan menggendong semua barang miliknya termasuk kipas elektrik dan gebar selesa.

“Tak adalah sejuk sangat. Lagi lama saya berjalan, semakin hangat saya rasa,” katanya.

Bagi Zhao, dengan gaji hanya 2,000 yuan (kira-kira RM1,230) sebulan, dia tidak mampu untuk membelanjakan wang sewenang-wenangnya.

Jadi secara tidak langsung Zhao dapat berjimat untuk menghadiahkan isterinya pakaian baharu.

“Saya mahu menggunakan wang yang ada untuk membeli pakaian baharu untuk isteri saya,” katanya.

Cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah peluang bagi pekerja imigran sepertinya untuk meluangkan masa bersama keluarga.

“Mungkin juga saya akan bersara selepas ini, saya sudah tua,” tambahnya lagi.

Kisah Zhou mendapat simpati netizen di media sosial yang rata-rata menyatakan sokongan buatnya.

“Dia berjalan sejauh 40 kilometer demi menjimatkan wang untuk membelikan isterinya pakaian baharu, itulah tanda cinta sejati,” tulis seorang netizen…

Credit to Mynewshub.cc

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*