[Kisah Benar] ‘Bila Nak Kahwin’? Disebabkan Soalan Ini, Dia Nekad Bunuh Jiran.

GARUT – Seorang lelaki nekad membunuh seorang jirannya yang sedang hamil, gara-gara terlalu kerap ditanya tentang dirinya yang masih membujang, lapor portal berita Detik.com.

Pemuda berusia 28 tahun yang hanya dikenali dengan nama Nunur itu membunuh wanita bernama Iis Aisyah pada Jumaat (19 Januari 2018) lalu di Kampung Pasir Jonge, Desa Sukawangi, Singajaya, Garut di Jawa Barat.

Pesuruhjaya Polis Garut, Budi Satria Wiguna berkata, sewaktu kejadian, Nunur sedang duduk termenung di depan rumahnya. lis yang melintas di depannya terus menasihatkan Nunur supaya cepat berkahwin.

“Suspek menyatakan bahawa wanita itu berkata ‘cepatlah kahwin, yang lain semua sudah menikah, kenapa kau tak kahwin-kahwin?’. Ternyata kata-kata itu menyinggung emosi suspek,” kata Budi Satria seperti yang dipetik dalam media tempatan.

Lantaran rasa dirinya terhina, Nunur datang ke rumah mangsa. Nunur lantas dipelawa masuk ke ruang tamu kerana mangsa tidak menyangka sebarang ancaman daripadanya.

Menurut polis, sewaktu mangsa hendak menuju ke salah satu bilik di rumah itu, Nunur mengekori dari belakang lalu menolaknya ke atas katil.

Walaupun cuba melawan dengan menggigit jari suspek, itu tidak berupaya melawan tenaga dan kemarahan suspek. Di situ, mangsa telah dicekik hingga mati.

“Suspek sempat mencuri wang mangsa berjumlah 800,000 Rupiah (RM230) dan sebuah telefon bimbit,” ujar Budi Satria.

Suspek seterusnya melarikan diri ke Kalideres, Jakarta namun pihak berkuasa berjaya mengesannya lalu ditangkap.

Polis turut menyita beberapa barang bukti lain seperti motosikal, bantal, selipar, baju kemeja dan kain.

Pondan dipaksa lari, menjerit hingga keluar suara lelaki

ACEH, INDONESIA – Polis di utara Aceh memaksa sekumpulan pondan berlari dan menjerit sehingga suara lelaki mereka kembali, kelmarin.

CNN mengatakan 12 lelaki pondan berkenaan ditahan selepas polis menyerbu lima butik kecantikan selepas mendapat aduan.

Kata polis, pihaknya juga mencukur rambut kumpulan pondan tersebut sehingga pendek dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki sebelum disuruh berlari.

Ketua Polis Utara Aceh, Ahmad Untung Surianata berkata, cukur rambut dan memakai persalinan lelaki adalah sebahagian dari latihan untuk membawa pondan tersebut ke ‘lumrah asal’.

“Kami juga menyuruh mereka berlari sambil menjerit sehingga ‘suara lelaki’ mereka keluar,” kata Ahmad.

Operasi tersebut adalah sebahagian dari usaha polis untuk mengekang pengaruh LGBT yang semakin menular di negara konservatif tersebut.

Kesemua pondan yang ditahan juga dibawa ke balai polis untuk diberi kaunseling.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*