“Saya Jahat, Saya Tak Solat” Tapi Setiap Malam Isteri Doakan Saya. Sehingga Satu Malam Saya Tiba2 Peluk Isteri Sambil Menangis Teresak-Esak Kerana…

Saya ni jenis tak solat. Tp sbb sy pandai ckp psl agama, dapat juga sy kahwin dengan seorang ustazah. Bila dh kahwin, tampak isteri mmg menyesal tp dia selalu bersabar. Walau dh kahwin sy x berubah pun. Satu malam dlm kol 4 pagi sy tiba2 terjaga. Ingatkan bunyi apa tapi rupa2nya isteri sedang menangis dlm solat. Sy dengar doa dia. Ada ke patut dia doakan sy……….

Di KK ini banyak perkara saya belajar. Semua orang baik-baik. Rasanya setiap kali berada disini terasa sebak melihat ramai orang diberi hidayah oleh Allah..Kasih sayang Allah dilimpahkan kepada hambanya. Seorang lelaki menyapa saya dalam satu perjalanan. Ustaz saya terharu jumpa ustaz. Boleh k#ita bergambar. Ustaz selalu buat saya menangis. Jika isteri saya tengok gambar saya dengan ustaz mesti dia menangis terus.

Dia mula bercerita. Saya berkahwin dengan seorang wanita berpurdah dan belajar agama. Dibesarkan dengan keluarga sangat baik. Dari kecil keluarganya orang baik dan kuat buat dakwah.. Tapi saya ni sangat teruk. Saya tak pernah solat. Dia terima saya sebab saya masa berkenalan saya banyak cakap agama tapi tak solat pun..Solat jumaat pun tidak. Isteri saya selalu nasihatkan saya. Tapi saya marah dan dia jadi sangat takut saya pernah pecahkan hpnya..saya pernah pecahkan pintu rumah kerana dia nak ajak saya buat baik. Tapi saya tak pukul dia.

Saya dikurniakan seorang anak. Saya sangat garang dan sangat jahat. Walaupun baik pada isteri saya. Macam-macam kejahatan saya buat.. Tapi isteri saya tak berhenti berdoa dan menangis buat saya. Kadang-kadang saya terjaga pukul 4 pagi terdengar isteri saya solat dan bunyi sayu-sayu sedang tersedu dan menangis. Kadang-kadang saya suruh dia perlahan sikit abang nak tidur nihampir setiap sebelum Subuh dia dah bangun solat dan mengaji. Sehinggalah satu hari ada orang datang rumah ziarah. Orang dakwah. Macam biasa saya memang tak pernah layan. Saya akan buat tak tahu dan kata sibuk..

Hari tu saya tak dapat lari.

Saya dengar mereka nasihat di depan pintu rumah dalam keadaan terpaksa. Saya tak dengar kata mereka. Cuma saya tengok gelagat mereka. Lucu gayanya. Kenapalah kain atas buku lali..saya ketawa jer sepanjang hari kerana fikir apalah diaorang dapat buat macam ni. Nabi saw buat ke macam ni.

Saya cerita dengan isteri saya. Dia diam jer. Malam tu saya dengar isteri saya menangis lagi. Saya tiba-tiba rasa hiba. Baiknya isteri saya..saya rasa tenang sangat. Saya tengok dia dengan telekung nampak bercahaya dan teramat cantik rasanya..antara doanya dengan berbisik. Ya Allah saya sayang suami saya. Ampunkanlah dosanya. Janganlah azab dia..kasihankanlah dia..dia tak solat. Ya Allah.menangis sambil teresak-esak..

Saya peluk dia dan kata terima kasih tak putus asa 3 tahun doakan abang walaupun abang degil. Dia kenalkan saya pada ceramah agama termasuk ceramah ustaz. Saya dengar ikim.fm sikit-sikit masa ustaz ceramah. Dia hadiahkan saya buku Tangisan Umat. Saya menangis membacanya..saya baca berulang kali. 6 kali saya ulang sebab terasa macam ubat.

Saya baru pulang dari berada di jalan Allah selama 40hari berdakwah. Kehidupan saya dan isteri telah berubah. Benarlah ustaz, menangis dan berjuang di jalan Allah teramat berharga..dulu cerita Islam dan sahabah seperti mimpi. Hari ini terasa ianya benar-benar indah dan realiti bila kita sudah cinta. Wajahnya dengan berkopiah dan berjanggut. Wajahnya berseri jer..ya Allah bahagianya jika semua orang belajar Islam dan sunnah dalam keluarga.

Sumber dari AwanKelabu Via IslamAgamaKu

10 “BAHASA DOSA” Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Wajib Dielakkan Ketika Berkomunikasi Dengan Anak

Kadang kala tanpa kita sedari ada bahasa yang kita ucapkan setiap hari kepada anak-anak adalah bahasa ‘dosa’ yang menyebabkan anak semakin degil dan nakal. Bukankah kata-kata yang diucapkan oleh ibu dan ayah itu menjadi satu doa kepada anak. Jika yang diucapkan bahasa yang elok dan baik maka baiklah yang akan dapat kepada anak kita. Tetapi sekiranya yang diucapkan adalah “bahasa dosa”, ia akan menyebabkan anak menjadi degil, bermasalah, pemarah, pendendam, lemah jiwa dan bermacam lagi sifat negatif.

Itu antara perkongsian yang diberikan oleh Dr.Azlina Roszy Mohamad Ghaffar, Pakar Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-Nur.

Antara “bahasa dosa” tersebut adalah seperti berikut:

1. Bahasa melaknat – Sering mengeluarkan kata-kata sumpah seranah, maki hamun, carutan. Anak yang sering ditengking dan dimaki hamun biasanya akan menjadi seorang yang keras jiwa, memberontak, kurang keyakinan diri.

2. Bahasa Menyindir – Contoh ayat “Asyik mintak duit je. Kamu ingat ayah/ibu kerja cop duit?” Bahasa ini sangat mengguris emosi anak. Anak-anak biasanya tidak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan menggunakan ayat yang jelas dan mudah difahami.

3. Bahasa Menipu – Contohnya “Jangan nakal-nakal ye, nanti polis tangkap baru tau.” Tanpa disedari kebanyakan ibu bapa sering menggunakan bahasa ini dalam situasi hendak memujuk anak. Hakikatnya ibu ayah tidak boleh berbohong kepada anak! Ia akan menghilangkan kepercayaan anak kepada ibu ayah dan akhirnya mereka sendiri meniru perbuatan tersebut.

4. Bahasa Menempelak – Contoh ayat “Tulah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah jatuh. Padan muka!” Anak-anak tidak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang mengguris emosi mereka. Sebaiknya, beritahu sahaja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya mereka tidak mengulanginya lagi.

5. Bahasa Membebel – Hakikatnya tiada siapa pun suka dirinya dileteri. Sebaiknay berikan arahan ataupun tegur anak dengan ayat yang ringkas dan mudah difahami. Fokus kepada kebaikan yang mereka buat. Anak yang sering dikritik dan dibebel tak akan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.

6. Bahasa Mengungkit – Contoh ayat “Teruknya result periksa. Buat penat je ayah/ibu hantar tuisyen, belikan buku. Buang duit je macam ni.” Sebaiknya ibu ayah perlu ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak. Bukankah mereka itu amanah dari Allah SWT.

7. Bahasa Membandingkan – Contoh ayat “Cuba kamu tengok abang/kakak, rajin tolong ibu. Kamu ni asyik tahu nak main je.” Jangan bersikap pilih kasih dan suka membandingkan anak-anak. Setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Perbuatan melebihkan atau menyayangi anak-anak tertentu hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan tertekan. Bahkan hubungan antara mereka juga akan renggang.

8. Bahasa Mengugut – Contoh ayat “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu lari dari rumah.” Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tetapi bukan dengan mengugut. Sebaiknya ibu bapa tetapkan peraturan di rumah beserta denda jika ia dilanggar, dan ini mesti diterangkan dengan jelas kepada anak-anak. Ibu ayah perlu konsisten, tegas dan hukuman yang dikenakan perlu berpatutan. Insha Allah anak-anak akan faham akibat perbuatan mereka serta jadi lebih berdisiplin. Penggunakan ‘carta bintang’ juga sangat bagus untuk mendisiplinkan dan motivasikan anak berbuat baik terutama yang masih kecil.

9. Bahasa Menuduh – Contoh ayat “Kenapa adik menangis? Abang/kakak buat ya?” Jangan terus menuduh anak! Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar. Berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis tentang situasi sebenar. Janganlah disebabkan anda sebagai orang tua, maka tidak mahu langsung mendengar penjelasan anak. Dengan cara ini, ia memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika berbuat salah) dengan jujur.

10. Bahasa Bisu – Dengan mendiamkan diri ia tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mreka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.

Menjadi ibu bapa itu tugas yang sangat mencabar dan tidak mudah. Ia satu perjuangan dalam menggalas tanggungjawab menjaga dari Allah. Tapi ia akan berakhir dengan kebahagiaan apabila anak yang dibesarkan dan dididik menjadi anak yang baik dan bermanfaat kepada orang lain.

Sumber dari CelikNutrisi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*