Bunuh Nenek Yang “Sakit Nyanyuk”, Kerana Simpati Dijadikan Alasan.

[[2 Video]]

NEW YORK – Niat tidak menghalalkan cara. Apa yang cuba dilakukan seorang lelaki di New York ini, walaupun atas faktor simpati, tidak dapat diterima masyarakat.
Kevin Gonyea, 50 tahun, didakwa menjerut neneknya Leona Twiss, 95 tahun, hingga mati dalam satu tindakan yang disifatkannya sebagai pembunuhan belas kasihan.

Tindakan Kevin itu adalah disebabkan dia tidak sanggup lagi melihat neneknya menderita akibat penyakit demensia yang dihidapi Leona menjadi semakin parah, lapor Fox News.

Menurut media Amerika Syarikat, laporan bedah siasat mengesahkan bahawa mendiang Leona dijerut dengan tuala.

Kevin dituduh membunuh tanpa niat dalam perbicaraan kes pada Jumaat.

Dia mengaku bersalah sebagai tawaran pertukaran kepada hukuman penjara 15 tahun hingga seumur hidup berbanding 22 tahun hingga seumur hidup yang ditawarkan pihak pendakwa.

Sumber Awani Via Mynewshub

Macam Ni Pun Ada!!! Takde Otak!!!

[VIDEO] IBU DIKECAM BIARKAN KAKAK ‘BULI’ ADIK KECIL, SI IBU TERGELAK2 KETIKA MERAKAM !

Video tersebut merupakan video yang dimuatnaik pada April lalu kini menjadi viral di media sosial, memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan ‘membuli’ adiknya.

Dalam video berdurasi 1.05 minit itu, kanak-kanak perempuan tersebut duduk di atas adiknya yang sedang merangkak.

Bayi tersebut terus menangis apabila kakaknya tidak berhenti menghempapnya walaupun dia cuba melepaskan diri.

Terdapat satu suara yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu merakam gelagat mereka dengan gelak ketawa.

“Tunggulah adik kamu dah besar, kamu tunggu adik kamu belasah kamu,” kata wanita itu yang tidak melakukan sebarang tindakan sebaliknya terus merakam perbuatan itu.

Dalam video tersebut, wanita tersebut hanya mengarahkan kanak-kanak itu bangun dengan menyatakan tindakannya itu menyakitkan adiknya.

Wanita tersebut menganggap hal seperti itu seperti sesuatu yang melucukan namun netizen mengecam tindakannya kerana perbuatan itu boleh membahayakan nyawa anaknya sendiri.

Netizen menganggap tindakan perakam adalah tidak wajar kerana membiarkan kejadian tersebut berlaku tanpa mengambil tindakan sepatutnya.

“Awak tak sayang anak awak ke? Boleh beza gurau dengan buli tak? Kesiannya babytu, tak ada rasa kasihan ke?” tulis Nur Syahira Fuad Noor Asma.

“Tula..buatnye patah tulang belakang? Haa baru tau…ni tak….suke merakam pastu upload…..penyakit zaman sekarang,” tulis Marsitah Ieta.

Video tersebut menjadi viral di media sosial dengan dikongsi lebih 8,671 kali dan ditonton lebih 657,842 netizen.

Ada netizen yang bimbang dengan kejadian itu kerana boleh menyebabkan kecederaan patah pinggang apabila kanak-kanak perempuan itu berterusan melompat di belakang adiknya.

SUmber Mynewshub via Viral Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*