Angkara Suami Kahwin Lain, Isteri “Bunuh” Ketiga-tiga Anaknya.

TRAGIK… Seorang ibu tergamak membunuh ketiga-tiga anaknya setelah mengetahui bahawa suaminya telah bernikah lain pada 15 Januari lalu.

Suri rumah itu yang dikenali sebagai Evi Suliastin,26, telah meracun ketiga-tiga anaknya iaitu Akbar (7 tahun), Ani (4 tahun) dan Vivi (7 bulan).

Setelah membunuh anaknya sendiri, wanita itu dikatakan telah cuba untuk membunuh dirinya dekat kediaman mereka di Jombang, Jawa Timur, Indonesia.

Ketua Polis Balai Resor Jombang, Ajun Komisaris Besar Polisi Agung Marlianto memberitahu hal itu ketika sidang media yang dilakukan pada semalam.

“Evi ialah isteri kedua setelah mendirikan rumah tangga pada tujuh tahun lalu kerana isteri pertama suaminya telah meninggal dunia.

“Lelaki itu telah bernikah dengan wanita lain secara sembunyi dan itu yang menyebabkan dia berang,” katanya kepada pihak media.

Tambahan pula, apa yang menyebabkan wanita itu bertambah marah ialah suaminya telah menuduh bahawa anak kedua mereka yang berusia empat tahun itu merupakan hasil hubungan dia bersama dengan lelaki lain.

Disebabkan tuduhan yang melampau itu, dia telah mengambil langkah gila kerana berasa tertekan dan terus membunuh semua anaknya.

Namun siasatan dimaklumkan suspek mengakui bahawa anak keduanya itu telah mati disebabkan lemas kerana kepalanya telah dibenamkan di dalam tab mandi.

Bagaimanapun, dua lagi anaknya telah didera terlebih dahulu kerana terdapat kesan lebam sebelum dipaksa untuk meminum racun serangga Baygon.

Suspek kini sedang dirawat di hospital apabila usahanya untk membunuh diri tidak berjaya dan keadaannya kini semakin pulih namun masih belum lagi boleh memberi keterangan lanjut.

Ketiga-tiga jenazah kanak-kanak malang itu telah selamat dikebumikan semalam di Tanah Perkuburan Jombang dan pihak polis telah menyifatkan bahawa kes itu sebagau kes bunuh.

Sumber : Mynewshub

Cerita lain….

*Video sekadar hiasan.


Pertahan Maruah, Remaja Maut Dirogol Ulang Kali

SEORANG remaja berusia 16 tahun ditemui maut keadaan yang amat mengerikan dipercayai dirogol berulang kali sebelum dibunuh dengan kejam.
Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia itu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Anggi Syahputri ditemui oleh ibunya di bilik mandi rumah mereka sekitar jam 7 petang, pada Jumaat.

Memetik sumber, difahamkan mayat remaja itu ditemui dalam keadaan tangan serta mulut yang diikat dan perutnya pula penuh dengan kesan luka tikaman.

Lebih memilukan apabila muka mangsa juga dilaporkan hancur dipercayai akibat dipukul dengan benda tumpul seperti batu.

Sumber berkata lagi, Anggi juga dipercayai turut dirogol sebelum dilemaskan dalam baldi yang berisi air sehingga mangsa meninggal dunia.

Sementara itu, sumber polis berkata, tidak menolak kemungkinan pembunuhan ini dilakukan oleh orang terdekat.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal pihak polis mendapati terdapat kesan pergelutan di kawasan kejadian.

Ekoran itu, pihak mereka tidak menolak kemungkinan besar mangsa bertindak melawan suspek ketika dipaksa melakukan hubungan intim.

Pun begitu, misteri pembunuhan gadis ini seolah-olah hampir terjawab apabila salah seorang saksi yang tidak didedahkan identiti memaklumkan bahawa terdapat dua orang lelaki berkunjung ke lokasi kejadian sebelum mayat Anggi ditemui.

Susulan perkara itu, polis kini sedang giat memburu suspek termasuk teman lelaki Anggi yang dilaporkan hilang selepas beberapa kejadian itu berlaku.

Sumber/Credit : Mynewshub

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*