[SEDIH] Tidur Tak Lena, Gigi Bawah Tercabut Bagai Petanda Anak Nak “Pergi Untuk Selamanya” Terdetik Di Hati Seorang Ayah.

KEMAMAN: “Gigi bawah tercabut dan tidur saya pun tak lena. Rupa-rupanya anak yang pergi..”

Perasaan tidak sedap hati itu terdetik pada perasaan seorang bapa apabila ajal menghampiri anaknya.

 

Bapa mangsa, Ngah Mohammad, 74 tahun ketika ditemui berkata, kali terakhir dia berjumpa anak keenam dari sepuluh beradik itu pada Jumaat lalu

Zailani Ngah, 41 tahun maut gara-gara melanggar lopak air apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terjatuh dan terseret sejauh enam puluh meter.

Kemalangan berlaku di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kerteh, kira-kira jam 8.15 pagi pada Jumaat.

“Sebelum dia kemalangan, ada alamat yang tak baik, tidur saya pun tak lena. Saya tertanya-tanya siapa ahli keluarga saya yang akan pergi, rupa-rupanya anak saya,” katanya.

Sepasukan pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerteh yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritenden Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sumber Awani

Cerita lain….


‘Maaf saya tak sengaja’ – bayi maut, 15 cedera dirempuh kereta

“SAYA hilang kawalan dan bukannya sengaja nak rempuh.”

Itu jelas seorang lelaki yang ditahan selepas kereta yang dipandunya merempuh orang ramai di laluan siar kaki di pantai Copacabana, destinasi peranginan popular di Rio de Janeiro Brazil.

Insiden mengakibatkan seorang bayi berusia lapan bulan maut dan sekurang-kurangnya 15 yang lain cedera.

Lelaki berkenaan yang ditahan pihak berkuasa memaklumkan dia tidak mabuk sebaliknya diserang sawan mengakibatkannya sukar mengawal kenderaannya

Insiden berlaku ketika kawasan berkenaan dipenuhi pengunjung yang menikmati suasana malam musim panas di pantai berkenaan.

Menurut salah seorang saksi, kereta berwarna hitam itu secara tiba tiba merempuh orang ramai sehingga ada antaranya yang terpelanting.

Polis tentera Brazil dalam kenyataannya memaklumkan tiada bukti bagi menyokong andaian kejadian itu satu serangan pengganas.