[SEDIH] Penghidap Kanser Sempat Mencium Adik Barunya Sebelum Menghembus Nafas Terakhir.

SEORANG kanak-kanak sembilan tahun yang menghidap kanser sempat ‘membantu’ memberikan nama kepada adik bongsu perempuannya sebelum meninggal dunia.

(Gambar – Bailey sempat senyum sambil memangku dan mencium adiknya, Millie sebelum menghembuskan nafas terakhir)

Malah, kanak-kanak yang dikenali sebagai Bailey Cooper dari Bristol yang menghidap kanser Non-Hodgkin’s lymphoma itu juga sempat menitipkan mesej kepada ibu bapanya bahawa mereka hanya dibenarkan menangis 20 minit sahaja.

Bailey yang menghidap kanser itu sejak 15 bulan lalu kuat semangat sekali gus ‘berjuang’ untuk hidup demi melihat dan memangku adik perempuan baharunya.

Ibunya, Rachel, 28 melahirkan bayi perempuan pada November sebelum Bailey menamakan adiknya itu dengan nama Millie.

Malah, ibu bapanya, Lee dan Rachel memegang erat jari Bailey ketika dia menghembuskan nafas terakhir selain kanak-kanak itu tidak lekang daripada senyum ketika menjalani diagnosis tahun lalu.

Rachel menambah, dia dan ahli keluarga tidak menyangka anaknya itu mampu bertahan dan bertemu Millie.

“Saya melahirkan Millie pada hujung November dan Bailey melakukan apa yang sepatutnya abang sulung lakukan selain memeluk Millie,” katanya seperti dipetik portal Dailymail pada Sabtu.

Keluarga itu juga mengetahui Bailey tidak dapat bertahan tetapi meminta kanak-kanak itu menyenaraikan hadiah sempena perayaan Krismas.

Mengetahui dirinya akan meninggal dunia, Bailey juga membuat permintaan terakhir supaya ahli keluarga dan pihak yang datang ke majlis pengebumiannya memakai pakaian adiwira.

Lebih menyedihkan Lee dan Rachel apabila Bailey sempat menitip mesej terakhir kepada pasangan itu bahawa mereka dibenarkan menangis untuk tempoh 20 minit selain menjaga kedua-dua adiknya, Riley dan Millie.

Cerita lain….

Wanita diasingkan kerana haid, akhirnya mati sesak nafas

ADAT, budaya atau tradisi. Bagaimanapun, ada di antaranya dilihat memudaratkan jika sesuatu komuniti itu taksub untuk mengaplikasikan adat, budaya dan tradisi tersebut.

Perkara itu berlaku di sebuah kawasan terpencil di Nepal apabila tradisi memaksa wanita yang datang haid untuk mengasingkan di sebuah bangsal bersendirian membawa padah.

Terbaharu, seorang wanita berusia 21 tahun di kawasan terpencil di Nepal itu ditemui mati dipercayai sesak nafas akibat asap daripada api yang dinyalakan bagi memanaskan diri dengan suhu tinggi kampung di pergunungan itu,” katanya pegawai kerajaan Tul Bahadur Kawcha.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.

Malah, kematian tetap berlaku walaupun pengubal undang-undang tahun lalu menetapkan amalan memaksa wanita keluar dari rumah ketika haid adalah salah.

Di bawah undang-undang, sesiapa yang menguatkuasakan amalan itu berdepan hukuman penjara tiga bulan dan denda $30.

Amalan ini, yang dikenali sebagai Chhaupadi, telah menjadi tumpuan selepas sekurang-kurangnya dua wanita meninggal dunia tahun lalu ketika tidur di bangsal. Namun amalan ini masih jua diteruskan demi menjaga adat mereka.

Ramai wanita haid masih lagi meninggalkan rumah mereka di bawah tradisi Hindu purba dan berlindung di pondok yang tidak bersih, tidak selamat atau bangsal lembu sehinggalah kitaran bulanan mereka berakhir.

Semasa diasingkan, wanita-wanita ini berdepan ancaman cuaca sejuk melampau atau serangan haiwan liar selain keadaan yang tidak bersih yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.

Wanita yang datang haid atau yang baru melahirkan kadang-kadang dilihat sebagai ‘tidak suci’ atau ‘pembawa nasib buruk’.

Mereka dilarang menyentuh lembu dan lelaki, serta dihalang daripada menggunakan tandas.

Pengasingan mereka ke ‘pondok haid’ itu juga mengehadkan wanita-wanita muda pergi ke sekolah.

Amalan ini dilihat sebagai tidak masuk akal oleh sesetengah pihak.

Sumber : Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*