Erra Fazira Nak Kahwin Pada Feb Atau Mac?!? Ikuti Pengesahan Ekslusif Dari Mulut Erra Sendiri.

PETALING JAYA: Pelakon, Erra Fazira, mendakwa cerita kononnya beliau merancang untuk berkahwin pada Februari atau Mac depan sekadar andaian dibuat pihak tertentu.

Menafikan khabar terbabit, Erra yang digelar primadona filem Melayu alaf baharu berkata, semua tarikh itu bukanlah keluar daripada mulutnya.

“Saya tidak pernah rancang apa-apa tarikh perkahwinan. Sebaliknya, macam-macam tarikh yang saya dengar,” katanya.

Malah, bintang Sembilu itu berjanji akan berkongsi tarikh bahagianya apabila tiba masa untuk berbuat begitu.

Erra, 44, berkata beliau pasti mahu berkongsi tarikh bermakna itu bersama orang yang banyak membantu kerjayanya selama dua dekad lalu.

“Jodoh bukan di tangan saya dan saya sayang rakan media. Bila sampai masa, pasti saya akan kongsikan,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersamanya di sini, hari ini.

Mengenai hubungan bersama penyanyi kontroversi yang dikaitkan dengannya, Shahir, Erra mengaku masih berkawan dan berhubung dengan pemuda itu.

Beliau turut mengaku ada memberikan nasihat kepada Shahir, 29, supaya memperbaiki dan memulakan hidup baharu.

“Saya beritahu dia supaya memulakan 2018 ini untuk menjadi lebih baik.

“Saya bagaimanapun tidak boleh mengulas hal atau masalah lain membabitkan dirinya. Masalah dia bukan masalah saya,” katanya.

Pada majlis sama, Erra secara rasmi mengumumkan dirinya kini berada di bawah pengurusan Mind Order Sdn Bhd, berkuat kuasa bulan ini.

Katanya, syarikat pengurusan terbabit adalah yang pertama buat dirinya sepanjang bergelar artis, sejak lebih 20 tahun lalu.

“Saya percaya mereka akan membantu mengembangkan lagi kerjaya saya sebagai artis, malah kami sudah pun ada beberapa perancangan bersama ke arah itu,” katanya.

SUMBER : Bharian Online

Artikel Berkenaan Isu Erra Dan Shahir

“Apa Kena Mengena Shahir Dengan Kerjaya Saya?” – Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira menegaskan isu berkaitan dengan Shahir tidak harus dilibatkan dalam kerjayanya.

“Saya mengatur perjalanan kerjaya selama 25 tahun tanpa melibatkan perkara berkaitan peribadi. Jadi, apa kena mengena Shahir dengan kerjaya saya?

“Tahun 2018 ini menjadi tahun untuk saya fokus dalam kerjaya saya sebagai anak seni dan usahawan. Apa sahaja keputusan yang berkaitan dengan kerjaya tidak ada kena mengena dengan peribadi saya dan semuanya dibuat atas dasar profesional.

Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir, Erra tidak bertayakan mengenai hal peribadi teman rapatnya itu.

“Keadaan antara saya dan dia masih sama. Bercakap mengenai hubungan, saya mengakui masih berkawan dan berhubung baik dengan Shahir.

“Saya pasti ada yang mahu bertanya mengenai masalah peribadi Shahir tetapi saya ingin tegaskan yang semuanya bukan masalah saya.

“Saya tak mahu masuk campur. Saya pun tidak bertanyakan mengenai hal peribadi Shahir kerana saya tahu batas,” kata Erra.

Dalam perkembangan lain, Erra kini mengambil keputusan untuk berada di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn Bhd.

“Saya percaya perjalanan kerjaya seni saya akan lebih teratur selepas berada di bawah pengurusan MindOrder.

“Saya mahu terus berusaha memberikan terbaik dalam bidang lakonan, nyanyian serta pengacaraan untuk semua peminat yang tidak henti menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.

SUMBER : Astro Gempak via Gedebakviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*