Khasiat Peria Bukan Hanya Untuk Pesakit Diabetes, Tapi Ada Banyak Lagi Manfaatnya Yang Kita Tak Tahu. Antaranya….

Peria merupakan sayur-sayuran hijau yang pahit. Tetapi mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Jika kena dengan cara masakannya, pahit peria ini boleh dikurangkan dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Peria bukan sahaja boleh dimanfaatkan melalui buahnya sahaja, malahan daun peria juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan. Yang pahit itu ubat, begitulah yang boleh digambarkan tentang peria. Sejenis sayur-sayuran yang pahit, tetapi peria mempunyai banyak khasiat.

#1 Merawat Buasir

Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.

#2 Merawat Panas Dalam Badan

Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

#3 Baik Untuk Pesakit Kencing Manis

Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.

#4 Baik Untuk Kulit

Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit seperti bisul, kudis dan penyakit kulit yang lain, amalkan meminum air perahan peria bersama dengan limau selama empat hingga enam bulan.

#5 Merawat Penyakit Taun

Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.

#6 Mengurangkan Masalah Mata

Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

#7 Mempertingkatkan Masalah Pernafasan

Peria juga baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat masalah asthma (lelah).

#8 Membaiki Masalah Hati

Buah peria baik juga diambil bagi golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol kerana mampu membersihkan toksin didalam badan terutamanya toksin yang tersimpan didalam hati. Sekaligus dapat merawat penyakit jaundis yang berpunca dari hati bermasalah.

#9 Menggalakkan Penghasilan Susu

Bagi golongan wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.

#10 Merawat Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).

Itulah antara khasiat peria yang mungkin tidak diketahui. Pahit pun telan juga sebab baik untuk kesihatan dan tiada kesan sampingan. Tetapi kalau kena telan ubat yang pahit, memang fikir berkali-kali juga sebab risaukan kesan sampingannya kelak.

9 Rawatan Semulajadi Penyakit Gout Yang Paling Berkesan

Pesakit gout biasanya akan menderita penyakit ini seumur hidup mereka. Jarang ada yang sembuh secara total kecuali yang dapat mengawal paras asid urik mereka dengan berdisiplin. Kena berpantang makan dan sebagainya. Boleh baca artikel Zarith << 8 Makanan Yang Dilarang Untuk Pesakit Gout Agar Tidak Menderita >>

Mereka juga perlu tahu apakah << Cara Mengatasi Penyakit Gout Dari Akar Umbinya >>

Macam ayah Zarith, berpuluh tahun menderita sakit gout ni. Kesian tengok, bila tersalah makan sikit jek, jalan terhinjut-hinjut. Paling parah tak boleh nak gerak dan memandu. Boleh baca artikel Zarith yang ini << 10 Langkah Kritikal Yang Wajib Dibuat Semasa Serangan Gout >>

Selalunya bila dah disahkan menghidap gout, pesakit akan berterusan mengambil ubat dari doktor. Anda boleh baca << 4 Tanda Yang menunjukkan Anda Penghidap Gout >> Tapi sekiranya anda ingin mencuba rawatan semulajadi ini, tiada masalah juga.

9 Rawatan Semulajadi Gout
Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)
Cuka epal sangat membantu dalam merawat gout dan artritis. Sifat keasidan ACV ini akan membantu melegakan sakit. Anda juga boleh tambahkan madu untuk meningkatkan tindak balas anti-radang
Campurkan 1 sudu kecil cuka epal dalam segelas air suam, minum 2-3 kali setiap hari. Jika anda rasa rawatan ini membantu, boleh naikkan dos cuka epal ini kepada 2 sudu besar.
Anda juga boleh campurkan 2 sudu besar cuka epal organik bersama dua sudu besar madu. Ambil 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum waktu tidur
Halia
Ciri-ciri anti radang yang ada pada halia membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Ada beberapa cara untuk merawat gout menggunakan halia.
Campurkan serbuk halba, serbuk kunyit dan serbuk halia kering dalam nisbah yang sama. Ambil 1 sudu dari campuran ini bersama-sama dengan air suam. Ambil 2 kali setiap hari.
Anda juga boleh membanyakkan halia dalam masakan dan boleh juga dimakan mentah.
Selain itu, dengan halia ini, anda boleh tambahkan setengah sudu kecil halia ini dalam satu cawan air mendidih dan kacau sehingga betul-betul sebati. Minum sekurang-kurangnya sehari sekali.
Anda juga boleh membuat paste halia dengan sedikit air dan tampalkan di kawasan yang terkena gout ini. Biarkan dalam setengah jam. Buat sehari sekali
Baking Soda
Salah satu sebab utama gout ini adalah peningkatan asid urik dalam badan.
Baking soda ini selain digunakan untuk membuat kek, dapat juga membantu mengurangkan jumlah asid urik dan seterusnya memberikan anda kelegaan daripada kesakitan.
Campurkan setengah sudu kecil baking soda dalam segelas air dan minum. Minum 4 kali sehari. JANGAN LEBIH. Teruskan sehingga 2 minggu.
Jika anda berusia 60 tahun, jangan ambil lebih dari 3 kali sehari
Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, tidak perlu cuba kaedah rawatan ini ye
Jus Lemon
Untuk melegakan sakit gout, adalah penting untuk mengalkalikan badan dan seterusnya meneutralkan asid urik yang berlebihan dalam aliran darah. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan jus lemon segar dan baking soda.
Lemon adalah sejenis buah sitrus yang sangat unik, yang akan bertukar sifat asidnya apabila masuk ke dalam perut kita.
Buah Ceri
Terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Ceri juga mengandungi anthocyanins yang boleh mengurangkan keradangan.
Bagi pesakit gout, sehari disyorkan untuk mengambil 15-20 biji ceri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, amalkan mengambilnya pada awal pagi.
Epsom Salt
Epsom salt ini memang mempunyai banyak kebaikan. Di rumah Zarith dan ibu memang tak pernah kehabisan garam epsom ni. Zarith gunakan ia dalam merawat Zuyyin dan Zayra yang demam, batuk dan selesema.
Jumlah magnesium yang tinggi dalam epsom salt ini akan memperbaiki keadaan jantung dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Untuk mandi, tambahkan 2 cawan epsom salt ini ke dalam air suam. Rendamlah badan anda dalam air ini sehingga air menjadi sejuk. Lakukan seminggu sekali. Tapi sekiranya anda penghidap gout yang teruk, boleh lakukan sehingga 2-3 kali seminggu.
Anda boleh dapatkan Epsom salt ini di guardian. Ianya berharga RM 5.90 je sekotak.
Pisang
Pisang juga berkesan untuk melawan gout. Kandungan kalium yang tinggi dalam pisang akan membantu menukar kristal asid urik ini kepada bentuk cecair yang akan dibuang melalui urine semasa buang air kecil.
Pisang juga mengandungi jumlah Vitamin C yang sederhana dan sangat berkesan dalam menguruskan bengkak dan kesakitan.
Amalkan makan 1-2 biji pisang sehari, Inshaa Allah dapat membantu
Epal
Malic acid yang terdapat dalam buah epal akan membantu meneutralkan asid uric dalam badan dan seterusnya mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat gout
Arang Batu Yang Diaktifkan.
Ia terkenal untuk menyerap asid urik. Jadi, untuk penghidap gout digalakkan mandi arang ini 1-3 kali seminggu
Campurkan satu setengah cawan serbuk arang dengan air sehingga membentuk paste dan letakkan paste ke dalam tab mandi dan tambahkan lebih banyak air. Rendamkan bahagian badan yang sakit sekurang-kurangnya setengah jam
Cara ini sangat sesuai untuk penghidap gout pada buku lali atau kaki yang besar. Untuk bahagian badan yang lain, boleh terus letakkan paste tadi secara terus ditempat yang sakit. Biarkan sehingga setengah jam dan bilas dengan air suam
Anda boleh juga amalkan << 7 Ubat Gout Secara Semulajadi Dan Sukatan Pengambilannya >>

Dan sekiranya anda ingin cara yang lebih cepat dan mujarab untuk membantu mengurangkan simptom gout ni, anda boleh la dapatkan Vivix sekarang! Dah ramai yang mencubanya dan kesannya sungguh menakjubkan. Dari dulu tak boleh tersalah makan sikit pun, tapi bila amalkan Vivix, siap boleh makan udang galah dan makanan laut lain tanpa rasa bersalah pun. Alhamdulillah!

Nak tahu lebih lanjut tentang Vivix? Boleh baca di artikel Zarith tentang Penderitaan Gout Ayah Sudah Tamat Setelah Berpuluh Tahun Menderita.

Sumber : ibuzarith.com

Petua Kesihatan Diri Tahu Tak Apa Jadi Bila Rebus Biji Tembikai? Rugi Kalau Buang Je! Petua Ibu…

Pasti ramai yang amat menyukai buah tembikai yang sering menjadi pilihan sesiapa sahaja ketika panas terik untuk menghilangkan dahaga, malah ada juga menggunakan tembikai sebagai pencuci mulut dengan penuh nikmat yang tidak dapat digambarkan kesedapannya.

Buah tembikai sememangnya amat dikenali dengan kandungan airnya yang amat tinggi dan juga amat kaya dengan vitamin serta mineral yang sangat berguna dan bermanfaat untuk tubuh badan manusia.

Tetapi, tahukah anda tentang kegunaannya biji buah tembikai? Biasanya setiap orang setelah memakan buah ini mereka selalunya akan membuang bijinya tanpa menyimpannya malah ada juga yang cuba menyemai untuk ditanam semula.

Adalah menjadi satu kerugian apabila setelah memakan buah tembikai ini dan bijinya dibuang begitu sahaja. Sedarkah anda yang bijinya juga amat berguna untuk manusia?

Menurut maklumat daripada laman boldsky.com, setiap biji buah tembikai dikatakan amat bermanfaat serta dikatakan boleh menyembuhkan beberapa penyakit seperti sakit batu karang dan juga penyakit memberhaya iaitu penyakit jantung dan beberapa penyakit lain.

Khasiat Biji Tembikai

Cara untuk menyediakan biji tembikai untuk dibuat ubat seperti yang dinyatakan di atas teramatlah mudah dan senang. Ambil beberapa biji tembikai kemudiannya rebus dengan sedikit air. Air rebusan dari biji tembikai itulah yang dikatakan sangat bermanfaat untuk beberapa penyakit seperti yang berikut;

Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kandungan magnesium yang terdapat di dalam biji tembikai sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung manusia.

Mencantikkan Dan Menjaga Kulit

Biji tembikai mempunyai kadar zat antioksida yang amat tinggi, jadi rebusan air biji tembikai ini akan merawat kulit daripada dalaman yang akan menjadikannya lebih licin serta halus dan gebu.

Mengawal Diabetes

Air rebusan ini boleh menurunkan kadar gula di dalam darah dengan baik. Anda perlu mengamalkan selama tiga hari secara berturut-turut tanpa henti untuk melihat kesannya serta rasai perbezaannya.

Memperkuatkan Ketahanan Rambut

Khas untuk wanita sekiranya mengamalkan air rebusan biji buah ini, ia dapat membantu serta mengelakkan daripada keguguran rambut malah ia dikatakan mampu mengubati kulit kepala yang sering gatal seperti kelemumur.

Meningkatkan Kekebalan Tubuh Badan

Biji tembikai amat kaya dengan vitamin serta nutrisi, ianya sangat baik untuk kebaikan tubuh badan manusia.

Mungkin ramai yang tidak menyangka kebaikan biji tembikai dan sebelum ini biasanya kita sering membuangnya begitu sahaja tanpa memikirkan kelebihan yang terdapat pada biji tembikai itu.

Selepas ini, anda boleh mengamalkan tips ini untuk kebaikan dan kesihatan anda sekeluarga serta untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. Amalkanlah sesuatu yang amat bermanfaat itu demi kesihatan yang lebih sempurna.

Biji tembikai sangat rendah kalori dan padat dengan nutrien. Kalau kita goreng akan jadi rangup dan boleh dan boleh gantikan snek yang tidak sihat. Tetapi kalau tukar jadi teh, dapat segalanya yang kita perlu hanya dalam satu minuman!

Kami kongsi sekali dengan korang resipi untuk teh biji tembikai!

Sediakan 20-30 biji tembikai.
Kisar dan rebus selama 15 minit dalam 2 liter air.
Ambil minuman ini selama 2 hari dan berhenti di hari ketiga.
Terus berbuat demikian untuk beberapa minggu dan alami perubahannya!
Selamat Mencuba.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*