“Solat Dhuha” Dikenakan Sebagai Denda Pada Pelajar Yang Lewat Ke Sekolah.

Tiba-tiba hati seorang ibu macam saya tersentuh melihat gambar-gambar ni yang dikongsi oleh seorang sahabat dalam group whatsapp. Bergenang pula kelopak mata ni. Katanya, pelajar-pelajar ni didenda Solat Sunat Dhuha kat dataran perhimpunan kerana datang lambat ke sekolah pagi ini.

MasyaAllah, serius saya sebagai seorang ibu sangat setuju kalau denda begini iaitu dengan cara solat sunat yang diberikan. Otak saya sebagai mak anak enam ligat terfikir. Kalau macam ni hari-hari lewat pun tak apa😅😅. Apapun, saya salute dengan Pengetuanya dan guru-gurunya yang bukan saja mengajar malah mendidik jugak.

Bahkan bukan sahaja boleh didik hati dan disiplin anak-anak sahaja, malah ibu bapa juga akan terkena tempiasnya. Mesti kita pun sebagai ibu bapa mahu perbaiki diri. Kena lebih bijak urus masa, kena lebih disiplin dan hormati rules orang lain. InsyaAllah, kita pun akan jadi lembut hati untuk keluar lebih awal hantar anak-anak ke sekolah, ajar diri kita untuk bangun lebih awal drpd biasa dan kejutkan anak2 lebih awal. Jadi tak adalah kes anak tertinggal van atau bas sekolah, tersangkut dalam kesesakan dan sebagainya hingga lambat sampai ke sekolah.

Sebagai ibu saya melihat ia daripada sudut yang positif. Yang mana kurang kita perbaiki. Almaklumlah hari pertama dan kedua persekolahan, trafik memang sesak. Kebanyakan ibu bapa hantar sendiri anak-anak dalam sehari dua ni termasuk saya sendiri😁. Memang jalan nak masuk ke sekolah sesak.

Apapun, sebagai anggota masyarakat, sama2 kita doakan yang terbaik buat semua. Moga-moga tak adalah mak ayah yang argue denda begini😉

Kita dulu-dulu pun bukan baik mana kan??

Sumber: Cerita dan gambar ini bersumberkan dari facebook Eizan Ariffin via ohgebang.com

SETERUSNYA

Bakal Pengantin Meninggal Dunia Ketika Membaca Al-Quran

Innalillahi wa innailahi rojiun..itulah ucapan kata-kata takziah yang di ucapkan oleh ribuan natizen di media sosial apabila seorang gadis pelajar lulusan terbaik Akademika Universitas Islam Hasanuddin Makassar meninggal dunia pagi semalam 4/1/2018.

Lebih memilukan Arwah yang dikenali sebagai Aisyah Bahar meninggal dunia dipangkuan ayahnya tercinta.

Katanya, Arwah yang sedang mengaji Al-Quran selepas solat subuh tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut satu sumber Andi Wahyuni ,Sepupunya ketika itu tengah menjalankan ibadah puasa sunat kamis dan dikabarkan bakal menikah tidak lama lagi.

“Meninggal setelah solat subuh,sedang membaca ayat AL-Quran. kondisinya sedang puasa sunnah. Akhir hayatnya mengucap Laa ilaaha illallah. Innalillah..Padahal beliau sebentar lagi akan menikah.katanya

Sementara menurut ayah arwah Andi Bahar Jufri menceritakan,pada malam kejadian anaknya itu memaklumkan mahu puasa sunat kamis.

“Selepas makan sahur kami pergi Solat Subuh di masjid. Pulang dari masjid, arwah minta tolong untuk mendengarkannya mengaji dan memeriksa bacaannya.

“Hanya dalam beberapa ayat, tiba tiba arwah rebah dipangkuan saya dan Sempat mengucap sebelum meninggal dunia”katanya.

Kata Bahar lagi,anaknya itu selama ini tidak pernah mengalami sakit yang serius,namun sehari sebelum kejadian arwah mengadu sakit kepala.

Mengulas mengenai perkahwinan arwah beliau berkata, memang benar mereka telah menemukan jodoh anaknya itu dan kedua-dua ahli keluarga telah pun setuju,hanya tinggal menunggu hari yang dipersetujui oleh kedua pihak, ujarnya.

Sumber: mslaydianupdate.com via ohgebang.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*