“Nasi goreng aku tak sedap.. rasa sabun plak tu”- Kisah Adik “Mira” Dengan Bekas Axionnya Buatkan Ramai Menangis sedih!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kisah ini benar-benar menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain tanpa kita menduga air mata ini mengalir. Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng..

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap…

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler…aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu…standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Gambar omaq.org
Sumber : mediamassa.press

“Jangan Rampas Hak Murid,” Anak Yatim Ini Bersandar Makan Tepi Tiang, Kerusi Kantin Penuh Mak Ayah yang Duduk..

Menyambut ketibaan tahun baru dua hari lepas, bermakna bermulalah musim persekolahan yang baru. Tambah-tambah buat ibu bapa yang punya anak yang bakal memasuki Tahun 1, memang keterujaan itu tidak dapat dibendung lagi.

Maka ramailah ibu bapa yang menghantar, menunggu dan menemani anak masing-masing di sekolah. Ada yang masuk ke kelas, menjenguk dari luar ataupun menyuap anak makan di kantin. Macam-macam ragam ada. Tapi pernah tak terfikir, ada tindakan kita tersebut sebenarnya melebihi batas, misalnya mengambil hak orang lain. Menggunkana kemudahan sekolah yang disediakan untuk murid semata-mata nak temankan anak. Pernah terfikir?

Macam kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh ini, nampak macam biasa, tapi besar maknanya untuk orang lain. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah, semoga ia menjadi pengajaran untuk kita bersama.
Terlihat gambar pertama yang seorang sahabat share. Terus menyirap darah ke muka. Aku marah. Sangat! Banyak kali aku tulis hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.

JANGAN AMBIL HAK MURID!

Kerusi kantin itu hak murid. Tempat murid duduk untuk makan. Bukan untuk ibubapa duduk dan melayan anak-anak sendiri hingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes begini banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tidak pernah segan silu nak ‘sound’ ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara.

Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan. Memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa.
Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku 7 tahun dulu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu, hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya dah lama meninggal. Ibunya pula sakit (cancer) kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Mak saudaranya yang jaga budak itu.

Dan dihari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil sendirian. Berdiri diam ditepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk ditempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

Masa rehat tamat. Murid itu kelaparan, namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh baru aku perasan.

Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walau dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu.

Dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas. Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia siap, aku hantar dia ke kelas.

Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia. Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah. Waktu sesak, tak payah!
Kau lihat gambar terakhir . Itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. Tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas,

” Jangan sesekali duduk dikerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah.”

Itu yang aku ungkap di Hari Orientasi beberapa hari lepas. Aku ulang berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.

Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak mereka membeli, mereka ajar anak mereka terima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasih sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah buat ibu bapa murid SK (1) Gombak atas kerjasama erat ini. Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*