Akhirnya Nelydia Senrose Berlaku Jujur Dedah Hubungan Sebenar Beliau dengan Jejai Bekas Suami Fasha!

Malah, ada juga yang mengatakan kedua-duanya kononnya merancang mahu mendirikan rumah tangga.. Betul ke?

Hari ini, tuan empunya badan tampil menjelaskan perkara sebenar dan berharap agar segalanya terjawab selepas ini.

Menyifatkan berita tersebar itu tidak benar, pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu menegaskan statusnya masih single selepas gagal dalam percintaan sebelum ini.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya.

“Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki dimaksudkan itu. Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar?” kata pelakon drama Setia Hujung Nyawa ini lagi.

Nelydia bagaimanapun mengaku berkawan dengan lelaki terbabit, namun perhubungan itu tidak lebih daripada rakan biasa.

“Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, kami berbuat demikian secara beramai-ramai dan saya ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua.

“Selepas putus cinta beberapa tahun lalu, saya belum ada kekasih. Saya seorang yang sukar untuk jatuh cinta,” kata Nelydia, lapor Berita Harian.

Kata artis yang bakal menyambut hari lahir ke-23 pada 30 Julai ini, jika satu hari nanti jodohnya tiba, beliau berharap biarlah lelaki itu seorang yang matang dan mampu membimbingnya menjadi isteri yang baik.

sumber : miloopanas

——————————

Kecewa Putus Cinta, Wanita Upah Orang Rakam Aksinya Bunuh Diri Secara ‘Live’ Di Facebook

Seorang wanita berasal dari Thailand, dipercayai kecewa selepas gagal dalam percintaan dan bertindak menyiarkan rakaman bunuh diri menerusi siaran langsung Facebook (Facebook Live) di Jambatan Rama, Bangkok.

Menurut laporan The Nation, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Selasa lalu, gadis berusia 18 tahun itu bertindak terjun dari Jambatan Rama dipercayai membunuh diri akibat masalah cinta.

Berdasarkan siasatan polis, mangsa yang dikenali sebagai Nitaya dikatakan mengupah seorang lelaki untuk merakam videonya, sebelum menyiarkan di laman Facebooknya pada jam 2 pagi.

Menerusi rakaman tersebut, mangsa dikatakan sedang dalam keadaan mabuk dan sambil menyanyikan lagu perpisahan. mangsa kemudiannya dilihat memanjat penghadang jambatan tersebut dan berada di bahagian luar lalu terjun ke dalam Sungai Chao Praya.

Lelaki yang diupah untuk merakam kejadian tersebut menjerit akibat terkejut dengan tindakan Nitaya yang terjun ke dalam sungai sebelum menghentikan rakaman itu.

Menurut polis lagi, gadis itu dalam keadaan sedih dan menangis telah memuji pemandu teksi motosikal di Soi Nakniwat itu kerana membawanya ke jambatan tersebut.

Gadis itu menawarkan wang tambahan sebanyak Bt500 (RM61) kepada lelaki terbabit supaya duduk bersamanya di lokasi kejadian dan merakam ‘Facebook Live’.

Dia berkata dia melihat mangsa jatuh dan terkapai-kapai di dalam air sebelum tenggelam.

Laporan terbaru polis telah menjumpai mayat wanita itu dalam operasi mencari yang dilakukan di sungai tersebut. –

sumber : miloopanas via sembangkencangtoq.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*