FUH TAK SANGKA PULAK BEGINI RUMAH ZIZAN RAZAK DI KAMPUNG!! TAK NAMPAK MACAM.. (FOTO)

Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat…

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit…Mungkin juga zizan seorang yang low profil…

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan….

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap….

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri…

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja….

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam

.

sumber : exoramaroon

PELAKON dan pelawak Zizan Razak tidak meletakkan perkahwinan sebagai agenda utamanya sebagai azam bersempena kedatangan tahun 2018 tidak lama lagi.

Zizan, 33, sebaliknya berkata hasratnya cuma satu iaitu ingin memantapkan namanya sebagai pelakon selain memberi fokus dalam mencapai sasaran itu.

“Buat masa ini apa yang saya tengok fokus kepada kerjaya adalah paling baik,” katanya ringkas.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan aktres Mira Filzah namun kedua-dua selebriti terkenal itu memberitahu hubungan mereka sekadar kawan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, ia bukan bererti dia menolak ke tepi soal jodoh malah ada memasang niat untuk membina keluarganya sendiri.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/26/zizan-razak-kahwin/~/media/e536c8b992384bf2bfb911afe0a5c33c.ashx?la=en

Zizan Razak.

Bagaimanapun kata Zizan, seperti jawapannya sebelum ini dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Tuhan dan rezeki.

“Niat tu tahun depan, Insya-Allah kalau ada rezeki tetapi pasal tu saya tidak tahu.

“Bunyinya memang klise tetapi doakan sahaja yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia kini sibuk menghabiskan baki penggambaran filem Polis Evo 2.

Kongsi mengenai perancangan kariernya pada 2018, Zizan memberitahu dia akan tampil dalam beberapa filem termasuk Abang Long Fadil 3 dan sebuah karya terbitan produksi di Indonesia.

Sumber Mstar via JamTanganMerah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*