[FOTO] ANTARA GAMBAR VANDALISME YANG BOLEH BUAT ANDA TERSENYUM!!!

Vandalisme merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan orang ramai. Meskipun vandalisme selalunya bakal membuatkan orang ramai sakit mata melihatnya, namun ada kala-kalanya, vandalisme yang ‘berseni’ dapat membuatkan orang ramai ketawa.

#1. Jom lah kalau nak fight….

#2. Jangan risau, privasi anda masih dalam kawalan…

#3. Tidak, mata saya!!!

#4. Chef in da house yoo….

#5. Awas! Anda kini di kota Sparta.

#6. Beware!! Ninja on duty….

#7. Sila berikan obor-obor ini tepukan yang gemuruh.

#8. Anti-vandalisme yang sememangnya seorang pelaku vandalisme.

#9. why stress?!?

#10. John Connor!!! You are wanted!!!

#11. Use me, Idiot!!!

#12. Hey there???

#13. Padah menipu, tuhan balas kau ‘cash’.

#14. Hanya perlukan pensel dan daya imiginasi untuk menghasilkan seni di dalam ‘bilik termenung’ ini.

#15. Sila buat pilihan dengan berhati-hati.

Jamtanganmerah

Cerita Lain….

Vandalisme: Ubah mentaliti rakyat

PADA laporan bahagian akhir isu vandalisme, SOROT mendedahkan kenyataan pihak berkuasa dan pakar undang-undang mengenai bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mengurangkan gejala vandalisme.

Perlukah hukuman ditingkatkan bagi menakutkan pelaku vandalisme ini? Mungkinkah gejala ini berterusan kerana tiada langkah proaktif dari pihak berwajib bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan? Atau adakah mereka ini memang jenis yang kurang perhatian dan mahu melakukan sesuatu bagi memuaskan perasaan mereka? Ikuti SOROT siri akhir.

Si pelaku vandalisme perlu beringat sebelum terlintas mahu merosakkan harta benda awam kerana mereka boleh dikenakan hukuman termasuk dipenjara dan disebat.

Peguam, Ayu Pertiwi Hussain berkata, Kanun Keseksaan mengklasifikasikan tindakan mengganggu-gugat harta awam sebagai suatu tindakan khianat, sejajar dengan peruntukan Seksyen 425 di dalam Kanun tersebut.

Menurutnya, jika seseorang melakukan tindakan dengan niat untuk, atau dengan mengetahui tindakannya akan menyebabkan perubahan, penyorotan dalam nilai, kerosakan atau kemusnahan terhadap mana-mana harta awam, orang itu dikira telah melakukan kesalahan khianat.

“Sebagai contoh, sebarang tindakan menggores kerusi tempat menunggu awam, menconteng dinding tandas awam, merosakkan lampu-lampu di stesen MRT adalah dikira sebagai kesalahan khianat,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Seksyen 426 Kanun Keseksaan menyatakan barang sesiapa yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 425 (khianat), maka pesalah tersebut bertanggungan untuk dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh 5 tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

“Bukan setakat itu, Kanun Keseksaan memperuntukkan suatu hukuman yang jauh lebih berat bagi pesalah-pesalah yang bertindak merosakkan atau memusnahkan sebarang jentera pengangkutan awam. Seksyen 430A Kanun menyatakan barang sesiapa yang melakukan kesalahan khianat yang menyebabkan halangan, gangguan, kerosakan, atau kemusnahan terhadap mana-mana pengangkutan awam, maka pesalah tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan, akan dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai tempoh 20 tahun dan selanjutnya bertanggungan untuk dikenakan denda atau sebatan.

“Sebagai penjelasan lanjut, hukuman seksyen ini mewajibkan suatu tempoh pemenjaraan, di samping itu, seseorang pesalah boleh juga dikenakan denda ataupun sebatan. Ini merupakan suatu lonjakan yang ketara dan sejajar dengan risiko kesalahan yang membahayakan nyawa orang awam,” tegasnya.

Namun kata Ayu Pertiwi, bentuk hukuman alternatif boleh digunapakai oleh pihak mahkamah dalam menangani isu-isu vandalisme terutamanya kesalahan yang diambil kira sebagai ringan dan membawa kerugian kecil.

“Memandangkan salah satu objektif utama dalam menghukum seseorang adalah untuk mengubah seseorang pesalah ke arah yang lebih baik sejajar dengan prinsip rehabilitasi, maka hukuman seperti pemenjaraan mungkin dikira melampau.

“Peruntukan Seksyen 15 dibawah Akta Perintah Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 memberi pilihan tambahan kepada pihak mahkamah untuk memerintahkan seseorang pesalah untuk menjalani Perintah Kehadiran Wajib di bawah seliaan Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Di bawah perintah tersebut, pesalah-pesalah akan diarahkan untuk menjalankan perkhidmatan komuniti seperti membersihkan kesan-kesan vandalisme di tempat-tempat awam, membantu di rumah anak yatim dan sebagainya.

“Harus ditekankan, peruntukan ini hanya boleh digunapakai sekiranya Mahkamah berpendapat hukuman penjara yang akan dikenakan (sekiranya Perintah Kehadiran Wajib tidak dikenakan) adalah bagi tempoh tidak melebihi 3 bulan dan sekiranya kesalahan tersebut merupakan suatu kesalahan yang memeritkan suatu hukuman alternatif dan pemenjaraan dikira tidak bersesuaian bagi menangani kesalahan tersebut,” katanya.

Katanya, peruntukan lain yang hampir bersamaan dengan Seksyen 15 juga terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah di bawah Seksyen 293 (e) bagi Pesalah Muda (mereka yang berusia antara 18 sehingga 21 tahun). Peruntukan ini membolehkan mahkamah memerintahkan seseorang itu menjalani perintah khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam agregat, di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*