“Walaupun Suami Tak Kaya, Tapi Di Kampung Segalanya Bergantung Pada Suami” Keluhan Seorang Isteri Yang Sebak Dengan Penjelasan Suami…

Gambar Hiasan.

“Suami Saya Tak Kaya. Rumah menyewa je. Kereta Myvi je. Tapi Bila Balik Kampung, Dia Yang Bersungguh buat itu ini,Adik Beradik Lain Relax Goyang Kaki.. Alasan Suami Buat Saya Menangis”

Suami saya tak kaya. Rumah masih menyewa. Kereta pun pakai myvi je. Tapi bila balik kampung, dia lah yang bersungguh-sungguh buat itu ini.
Adik beradik yang lain ada. Boleh dikatakan, semuanya lebih senang dari kami. Tapi tulah, nak kata pun tak kena. Diorang buat tak tahu je. Busy dengan hal masing-masing.

Semalam, sebelum salam, saya berani kan diri tanya dia. Saya cakap kenapa abang nak buat semua tu?

Beli air minuman (rumah mak takda coway), beli beras, beli barang-barang basah, beli juadah berbuka, pergi buang sampah, basuh toilet, basuh pinggan..sedangkan adik beradik abang yang lain mana? tak collect duit pun? tak buat apa-apa pun?

Dia diam je.

Saya tahu, pertanyaan saya tu mungkin agak kasar tapi saya taknak adik-beradik dia ambil kesempatan atas kelurusan diri dia. Lama dia diam. Lepas tu dia pandang saya dan dia jawab “Abang tak kaya. Balik pun sekali sekala. Nak bagi banyak-banyak, memang abang tak mampu.

Apa yang abang ada ni lah. Tulang empat kerat yang masih ada kudrat”
.
“Abang tahu, awak mesti pelik dengan adik beradik abang kan?

Entahlah. Abang nak betulkan pun, nak tegur, semuanya dah besar panjang. Abang tak mampu.

Biarlah abang betulkan diri abang sendiri, buat apa yang mampu, biar raya ni semua gembira..

“biarpun abang letih sikit”

Saya dengar je apa dia cakap. Saya akui dia memang seorang yang baik.

Mudah minta tolong. Tak banyak membantah.
“Lagipun, abang kesiankan mak. Masa abang bersihkan bilik mak semalam, abang kutip rambut-rambut dia yang gugur.

Banyak. Semuanya dah putih.”

“Abang masuk toilet mak. Abang nampak gigi palsu mak.

Rupa-rupanya mak dah pakai gigi palsu. Abang tak tahu pun” Percakapan dia dah mula sangkut-sangkut.

Bicara dia mengandungi sebak. “Kalau abang tak boleh bagi mak duit banyak, biarlah mak rasa senang dengan kehadiran abang.

Redha dengan abang. Tu pun dah cukup”
Saya menangis. Saya tak tahu nak kata apa. Saya pegang tangan dia. Saya salam dan saya kucup.

Saya minta maaf atas soalan saya tadi tu.

Masa dakap dia, dia cakap abang harap anak-anak kita nanti pun akan buat benda yang sama kat awak.

Jaga awak. Hormati awak. Sayang awak, macam abang buat kat mak.

Ya Allah. Ampuni saya dan rahmatilah dia.
* Diadaptasi dari sebuah kisah benar.

Sumber : ohsemput.com

.

” Tahun kedua perkahwinan, aku diuji dengan kehadiran bekas makwe aku. Dia seorang yang baik, aurat terjaga, bertudung labuh, bekerjaya, serba serbi ok. Dia siap chat bini aku, bagitahu pasal hubungan kitorang. Aku sendiri terbaca wasap tu. Bini aku tak bagitau aku, TAK SANGKA ini sebabnya.. “

Hi min. Hide fb yer. Aku bukan nak luah apa2 kat sini. Aku nak kisahkan dugaan yg aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni. Mula2 nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit cukup2 makan. 3 bulan nikah, bini dah mengandung. Aku mintak dia resign, sbb kitorang pjj, aku nak dia dekat dengan aku. Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup utk sara hidup.

Terus terang, bini aku bijak, cantik, sempurna. Tapi ye lah, dah godaan syaiton, semua yg haram tu nampak baik. Perempuan2 dekat media sosial aku layankan. Ni lah dugaan dan kesilapan terbesar aku. Betul la org cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik dari bini yg halal.

Tahun kedua perkahwinan, aku diuji dgn kehadiran bekas makwe aku. Dia seorang wanita yg baik, aurat terjaga, bertudung labuh, bekerjaya, serba serbi ok. Mula2 kitorang friend dekat fb, start dari tu dia selalu like dan komen post2 / status2 yg aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada. Mula2 aku takde la nak fikir apa, tapi dah org selalu muncul, aku pun layan la.

Kitorg jadi rapat balik dan mula berhubung. Bekas makwe aku ni siap chat bini aku, bagitahu pasal hubungan kitorang, walaupun sebenarnya aku takde declare apa2 pun dgn dia. Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu. Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca wasap tu. Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu. Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan.

Hidup dgn anak bini aku rasa dah jadi mcm hambar. Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena. Aku hampir berputus asa. Nak dikatakan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari2 duk imamkan bini. Sampailah satu hari ni, lepas je solat jumaat aku terjumpa dgn sorg kawan lama, tak sangka dia dah jadi ustaz. Sembang2 sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yg serba tak kena. Free2 aku kena tarbiah tapi alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar.

Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dgn bini aku, mak ayah aku dan keluarga bini aku. Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dgn dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dgn media sosial, chat dgn bekas makwe.

Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri. Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dgn wanita yg haram buat aku walaupun dia serba serbi ok, tapi dah terang2 dia tahu aku ni suami org, kenapa nak trigger aku dgn add friend, likes dan komen2 kat fb, dan chat aku? Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku.

Perwatakan baik, aurat terjaga, tapi ni lah yg org kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yg tarik lelaki ke neraka. Mata hati aku dikaburi dgn kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba utk menghancurkan rumah tangga aku. Seorang wanita yg baik tak kan buat semua tu.

“Letak bini kau kat tempat dia. Bini kau ade buat tak ape yg perempuan tu buat? Dia ade tak cuba berhubung dgn bekas kekasih dia? Kau nak tak bini kau jd wanita seperti itu?” Aku sangat tersentap dgn ayat kawan aku ni. Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya. Dia sangat menjaga hubungannya dgn kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosial. Jika dibandingkan dgn bekas makwe aku yg hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku.

Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yg gatal duk layan jugak, tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan godaan syaitan lagi2 yg bertopengkan wanita baik2, sape tak nak. Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yg aku terbaca dari bekas makwe aku ke dia. Bini aku jawab :

“Sy jaga hubungan sy dgn Allah, sy yakin Allah jaga hubungan sy dgn awak. Sy tahu semua yg awak buat, awak layan perempuan semua sy tahu. Sy cuma berdoa Allah kuatkan hati sy, tak kan buat seperti apa yg awak buat ke sy. Sy bersyukur awak imamkan sy hari2. Sy bersyukur rezeki kita, anak kita. Sy sayang awak, kalau awak jodoh sy, tetap akan jadi jodoh sy. Sy berserah dgn Allah”. Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yg aku kahwini.

Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah. Balik kampung pun susah. Hulur duit pun kadang2 je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku. Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa2, aku susah sangat nak muncul. Senang citer, memang aku tak gaul sangat dgn family bini aku. Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua.

“Jaga hubungan kau dgn mak ayah, mertua dan keluarga baru kau. Jangan lupa nafkah mak ayah, mertua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.” Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dgn bini aku. Dialah teman aku dunia akhirat. Hubungn dgn mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan2. Alhamdulillah sekarang anak dah 2, rezeki pun melimpah ruah.

Harap2 korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni.Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah. Jangan contohi aku. Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku. Hehehe. Yg belum kahwin, jagalah maruah diri, jangan contohi bekas makwe aku. Haha. Buat kawan aku yg dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh balas jasa kau kat aku. Sekian.

Via Kisah Kita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*