“SELALU DENGAR ORG TUA AKAN CAKAP JIKA ANAK KELUAR DALAM SAMPUL DIA ..NANTI BESAR DIA AKAN JADI ORG JAHAT SEJAHATNYA..” IBU INI KONGSI PENGALAMAN LAHIRKAN ANAK DALAM KANTUNG

“Selalu dengar org tua akan cakap jika anak keluar dalam sampul dia ..nanti besar dia akan jadi org jahat sejahatnya..” Ibu Ini Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Dalam Kantung

Hai ibu ibu semua

Siapa disini pernah lahirkan baby encaulbirth..saya ada seorang anak sulong saya sekarang sudah 5tahun.

Menurut Kajian dokter Amerika – 1 dalam 80ribu akan jadi (x tau betol ke x) .. Dalam keluarga ibu saya anak sulong keluar macam ni..

Memang susah nak teran sebab keluar dalam sampul n air ketuban x pecah.. memang lambat proses nak keluar tu..selalunya baby mcm ni akan diCaesar Tapi Alhamdulillah saya normal..

Contoh kalau diCaesar;

Doc dah cuba pecahkan air ketuban tapi xboleh sampai 6 org dokter gilir gilir pecah kan sampai pakar sendiri turun.. tetap x pecah .dorg amik keputusan untuk biarkan secara natural..tapi memang lambat x de masalah sebab tu doc x nak czer..doc pon cakap first time dalam hidup dia sambut baby mcm ni ..selalu org simpan tali pusat je kan buat kenangan..suami saya ambil sarung dia ni simpan buat kenangan jgak ..masih simpan dalam album sampai sekarang ni

Selalu akan dengar org tua akan cakap jika anak keluar dalam sampul dia ..nanti besar dia akan jadi org jahat sejahatnya.. Ya anak akan jadi jahat jika si ibu asyik berdoa dan pikir benda tu.. Jadi kita sebagai ibu doakan yang terbaik untuk anak anak kita setiap hari…jadi org jahat yang kat luar tu semua beranak sampul la ye..

Jadi sebagai ibu jangan terlalu dengar semua yg org ckp..kita sebagai ibu setiap percakapan kita adalah doa…apa salahnya kita doa anak jadi org berguna.. pemimpin,berjaya dunia akhirat..jangan la kita doa nanti besar jadi org jahat sejahatnya .. Alhamdulillah berkat doa mummy n daddy anak saya pandai dari segi ilmu pembelajaran dan ilmu agama walaupun agak hyperaktiv…selalu cakap kat suami…anak dara ni dah ramai yang booking nak jadi menantu…kawan lain lain negara…parah parah..ada kawan kawan sendiri pon cakap macam tu…

Sumber : PenMerah via ohgebang.com

SETERUSNYA

“Doktor Kata Otak Anak Sudah Kecut & Tempurung Kepala Tak Boleh Dicantum Lagi…”

Semoga Adik Mohamad Syazwan Cepat Sembuh Dan Dipermudahkan Segala Urusan..

10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.

Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.

Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.

Seorang yang ceria sewaktu sihat dahulu

Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.

Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.

Tempurung kepalanya terpaksa dibuang untuk mengeluarkan darah beku sebelum ini

Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.

Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.

Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.

Hapsiah sentiasa berdoa agar ada keajaiban terjadi kepada anak sulungnya ini

Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.

Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.

“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.

“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.

Syazwan minum melalui perut dan itulah penyambung “nyawa’nya

Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.

Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.

Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.

Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.

Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.

Sumber : http://www.remaja.my/doktor-kata-otak-anak-sudah-kecut-tempurung-kepala-tak-boleh-dicantum-lagi/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*