Selamat Melahirkan Bayi Boy Kembar, Zizie Izette Bersyukur & Gembira Sekaligus Sempena Menyambut Hari Kelahirannya Sendiri

Zizie Izette binti Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Zizie Ezette (lahir 17 November 1978) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau juga adalah dramatis dan pengarah beberapa buah drama.

Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Datuk Bung Mokhtar, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.

PELAKON Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

Zizie Dapat Anak Kembar..Tapi Ada Lagi Yang Istimewa Sempena Kelahiran Ini Sebab Sehari Sebelum Melahirkan anaknya, ialah Hari Lahir Zizie sendiri. Mesti best dapat sambut birthday sama-sama kan!

Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.

“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

sumber: mstar

Berat Naik Hampir 90kg, Zizie Izette Tak Pernah Bimbang

Bakal melahirkan bayi kembarnya pada bila-bila masa, pelakon Zizie Izette mendedahkan beratnya kini hampir mencecah 90 kilogram (kg).

Zizie Izette menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya berkata dia tidak bimbang memikirkan berat badannya yang naik dengan banyak asalkan bayinya sihat.

Pun begitu, Zizie memberitahu dia perlu kembalikan berat badan asalnya selepas bersalin ini dengan menjalani proses berpantang dengan betul.

Mengenai perkembangan terbaharu, Zizie mengesahkan dia sudah dimasukan ke hospital untuk menanti kelahiran bayinya yang dijangka keluar tidak lama lagi.

Foto: Instagram Zizie Izette
Teks oleh: Syafiqah Jalal Gempak Astro

Zizie Ezette, Bung Mokhtar bakal timang anak kembar

zaidim@bh.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Pelakon Zizie Ezette berkongsi berita gembira dirinya hamil anak kembar melalui laman Instagram, hari ini.

Kakak kepada aktor popular, Shaheizy Sam itu memuatkan naik status berkenaan, kira-kira tiga jam lalu.

“Saya ingin mengumumkan bakal melahirkan anak sulung pada Disember ini atau Januari depan. Alhamdulillah, sekian lama menunggu, saya dikurniakan dua cahaya mata sekali gus.

“Doakan semoga kandungan ini selamat dan bayi berada dalam keadaan sihat.

“Sebenarnya kami ingin merahsiakannya sehingga memasuki trimester kedua, namun saya tidak dapat mengelak pasti sudah ramai dapat menghidu berita ini,” luahnya dalam status itu.

Berita gembira itu sudah lama dinantikan peminat selepas Zizie, 39, yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 58, pada 2009.

Usia kandungan Zizie sekarang mencecah empat bulan.

Muat naik pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menerima tanda ‘like’ daripada hampir 25,000 orang diikuti lebih 1,600 komen.

Teman artis seperti Rozita Che Wan dan Daphne Iking adalah antara selebriti yang mengucapkan tahniah di ruang komen status berkenaan.

Ketika ini, Zizie memiliki anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun enam bulan.

Sourced Bharian

Tahniah! Zizie hamil anak kembar

KITA ini adalah sejenis perempuan yang suka akan kecantikan. Maka sudah tentulah, kita suka akan kisah-kisah yang manis dan cantik sahaja belayar di depan mata.

Semenjak bertudung, Mary Jane saksikan kejelitaan Datin yang seorang ni memang semakin berseri-seri, seolah-olah menjadi betul ilmu kasih sayang yang diamalkan dirinya dan suami. Tak percaya tengoklah laman sosial dia, ada saja cerita indah yang dikongsi dengan peminat. Kita yang tengok pun tumpang rasa best sebab Zizie, 39 tahun dan Datuk Bung Mokhtar, 58 tahun usianya tu, nampak sungguh molek dan sepadan walau beza usia dekat dua dekad.

Pendek kata, ada-ada saja usikan manja yang mengundang rasa. Tengok gambar atas tu, gurauan pasangan ini memang terkini sangat.Selepas kehadiran Naila Nurjenna sebagai pengikat kasih antara Zizie dan Bung Mohktar lebih setahun lalu, anak angkat itu menjadi penyeri hidup mereka.

Dan dua hari lepas, Mary Jane dikhabarkan dengan berita hangat. Pasangan ini dikurniakan satu lagi berita gembira. Sesuatu yang sudah lama dinanti-nantikan buat mereka berdua. Yang menyebabkan semakin menjadi-jadi sayang abang Bung pada isterinya yang putih gebu itu hingga langsung tidak dibenarkan Zizie itu berlakon!

Zizie diberitakan sudah pun mengandung. Ya, dia sudah hamil anak pertama hasil perkongsian hidup mereka. Wah! Jutaan tahniah sebab kandungannya disahkan bukan satu, tetapi dua. Hamil anak kembar sekaligus.

Ha, nampak tak bagaimana murahnya rezeki pasangan sama padan ini? Maka, di kejauhan ini (amboi, macam dalam lagu raya pula ya), Mary Jane dan teman-teman di Pancaindera doakan semoga kandungan yang katanya sudah mencecah usia bulan keempat itu akan sihat sihat sahaja dalam perut si ibu.

Kalau semuanya menjadi kenyataan, insya Allah Zizie akan melahirkan sekitar November atau Disember ini. Boleh tak bayangkan macamana wajah anak mereka itu nanti? Kedua-dua, emak dan ayahnya berkulit putih gebu, mungkin si anak akan gebu berganda-ganda. Comel!

Sourced Utusan Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*