Hasrat Belajar Vokal Dengan Hazami Bukan “Main-Main” – Datuk Seri Vida

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memberitahu hasratnya mengikuti kelas vokal bersama penyanyi Hazami adalah serius.

Datuk Seri Vida atau DSV berkata, dia sudah bersedia untuk mengikuti kelas vokal bersama bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV 4) itu sebagai persediaan untuk single kedua nanti.

“Saya tak main-main bila cakap saya mahu belajar vokal dengan Hazami.

“Saya tahu ramai di luar sana anggap saya tak serius selepas mengumumkan tentang perkara tersebut awal bulan lalu.

“Saya memang mahu menyannyi, jadi tak salah saya berguru untuk ‘polish’ lagi vokal saya sekarang,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah DSV, single keduanya nanti merupakan lagu balada dan bernada tinggi.

“Kalau single pertama saya, I Am Me mereka kata suara saya ke lautlah, jahanamlah…salahkah saya nak ‘improve?’

“Jadi saya ingin pastikan vokal saya dalam single kedua nanti lebih baik dan ada perubahan,” katanya bersemangat.

DSV turut memberitahu Hazami juga sudah bersedia memasuki studio rakaman pada bila-bila masa.

“Hari tu dia sibuk dengan GV 4, sekarang ni tinggal nak susun waktu masing-masing sahaja.

“Insha-Allah, sedikit masa lagi kami akan masuk ke studio dan mulakan rakaman,” ujarnya.

Dalam pada itu, DSV yakin single keduanya boleh pergi jauh seperti lagu pertamanya kerana ia berentak 90an dan kebetulan genre sedemikian sedang menjadi ‘trend’.

Bagaimanapun buat masa sekarang, DSV memilih untuk merahsiakan nama komposer lagu terbaharunya itu.

DS Vida ditemui pada majlis sidang media Final GV 4 di Johor Bahru baru-baru ini.

Sumber Gempak.com

Terdahulu….

Sedia Buat ‘Show’ Datuk Vida Kini Penyanyi

SETELAH berjaya mencipta nama sebagai jutawan kosmetik, impian pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida untuk bergelar penyanyi akhirnya tercapai.

Vida, 46, yang tampil dengan single pertama berjudul I Am Me ciptaan Edry Abdul Halim kini bersedia menerima cabaran baharu sebagai anak seni.

“Selepas ini saya nak dikenali sebagai anak seni pula. Hasrat untuk menyanyi saya sudah simpan sejak dua tahun lalu tapi tak berkesempatan untuk lakukannya.

“Saya rasa tahun ini sangat sesuai untuk mengeluarkan single I Am Me,” katanya kepada mStar Online.

Vida ditemui pada sesi penggambaran muzik video lagu berkenaan di Studio 16, Petaling Jaya pada Selasa.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/07/11/datuk-vida-nyanyi/~/media/31b40e4070824e0c95664110d8e3fe47.ashx?la=en

Vida perlu belajar menari kerana lagu berkenaan berentak rancak dan kaya dengan ‘mood’ dansa.
Sementara itu, Vida berkata, dia juga sudah bersedia untuk menerima undangan nyanyian di mana-mana acara hiburan atau korporat.

“Mana tahu selepas ini ada yang berminat untuk panggil menyanyi, saya okey saja,” katanya.

Dia berharap lagu pertamanya itu bakal mendapat perhatian bukan sahaja di negara ini, malah di serata dunia.

Dia yakin, lagu berentak rancak itu bakal menjadi tular di laman sosial dan mendapat perhatian meluas.

“Saya ada memberi idea dalam lirik lagu itu. Konsep dan genre pun saya pilih mengikut kesesuaian dengan apa yang pendengar mahukan.

“Saya juga yakin lagu I Am Me mampu menjadi tular kerana rentak muziknya sangat menarik,” ujarnya.

Single sulungnya itu bakal diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*