Bedak Muka Jadi Punca “Peniaga Online” Kelar Leher Pelanggan Sehingga Hampir Putus.

MALANG: SEORANG remaja berusia 16 tahun di Indonesia maut selepas cedera parah akibat dikelar kenalannya, pada Jumaat.

Fena Selinda Rismawati, yang berasal dari sebuah perkampungan di Jawa Timur, ditemui penduduk kampung dengan kesan kelar di leher dan badan.

Ketika ditemui, Fena yang masih hidup sempat memberitahu saksi dia diserang oleh rakannya.

Fena dikejarkan ke hospital berdekatan, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Laporan media tempatan menyebut suspek Nadia Fegi Madona, 18 tahun, merupakan teman sepermainan Fena sejak kecil.

YouTube Liputan6

Mereka dikatakan bertelingkah selepas satu urusan jual beli bedak antara kedua-dua mereka, pada Khamis.

Fena yang tidak berpuas hati selepas bedak yang dibeli itu tidak seperti yang ditempah, bersemuka dengan Nadia dan merendahkan kualiti bedak yang dijualnya.

Keesokan harinya, suspek membawa mangsa keluar dengan mahu ‘lepak bersama’, namun sebenarnya membawa suspek ke satu kawasan hutan.

Satu pergaduhan tercetus dan suspek bertindak mengelar mangsa hingga lehernya hampir putus.

Kes ketika ini masih disiasat polis dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Sumber : Awani

Jenayah Lain…

Peniaga kedai runcit didakwa membunuh

KOTA TINGGI: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar, awal bulan ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Zalihah Mohamad Yusof.

Tertuduh, Alemi Azuan Sanip 29 tahun didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Alemi Azuan turut didakwa dengan niat melakukan bunuh ke atas seorang lelaki berusia 24 tahun pada 3 Disember hingga 14 Disember lalu di antara 7.30 malam hingga 12 tengah hari di Jalan Kampung Baru Sungai mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Zalihah menetapkan 28 Januari 2018 sebagai sebutan semula kes selepas menerima laporan kimia.

Sumber Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*