Nora Danish Ter”Paksa” Menggunakan Kerusi Roda Di Sebabkan Usia & Faktor Saiz Kandungan.

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak dibenarkan berjalan selama tiga minggu akibat mengalami masalah tulang pinggul baru-baru ini.

Nora, 36, yang kini hamil tujuh bulan berkata, perkara tersebut disebabkan bayi dalam kandungannya yang agak besar, selain faktor umur.

“Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an.

“Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu,” ujarnya kepada mStar Online.

Nora terpaksa menggunakan kerusi roda.

Nora ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik miliknya Oh Most Wanted di Play Up Advance, Fahrenheit 88, dekat sini, Sabtu.

Nora berkata, masalah kesihatan yang dialaminya juga menyebabkan dia bergerak menggunakan bantuan kerusi roda.

Sementara itu, ditanya tentang kecaman netizen yang menganggap dia sebagai pemalas, Nora berkata, dia tidak membaca komen-komen kritikan seperti itu.

“Saya tidak baca komen-komen yang mengacau jiwa dan saya tidak kisah apa yang mereka nak katakan.

“Biasalah natizen akan kata macam-macam, saya nak hidup dalam keadaan positif,” ujarnya.

Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sumber Mstar

Nora Danish Tayang ‘Baby Bump’

PELAKON Nora Danish pertama kali memuat naik foto yang memperlihatkan bentuk baby bump yang semakin membesar di laman Instagramnya.

Menerusi kapsyen foto tersebut, usia kandungan Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 35, kini sudah memasuki 17 minggu.

“#17weekspregnant. @boss_ned,” tulis Nora.

Foto tersebut telah mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya tidak sabar untuk melihat wajah bayi yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan, bulan kelahiran yang sama dengan Datuk Siti Nurhaliza.

Malah, ada juga yang memuji bentuk badan Nora yang kelihatan langsing seperti anak patung biarpun sedang hamil.

Nora berkongsi foto yang memperlihatkan baby bumpnya semakin besar.
“Dah nampak baby bump. Jaga diri baik-baik. Tak sabar nak tengok baby,” kata ayuruslan88wahhx.

“Mengandung pun mummy @noradanish langsing saja. Macam barbie doll. Baby bump dah nampak,” tulis noris_abduljamil.

Kata nur_atiqahh.00 pula, “Kak Nora ini mengandung ke tak mengandung ke tetap cantik teringin nak jadi macam akak. Apa-apa pun tahniah dan saya sentiasa sokong awak.”

Sebekum ini Nora dan Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned berkongsi video pertama imbasan ultra bunyi kandungan isterinya di laman Instagram.

Menurut Bossned, dia tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung yang diberi gelaran Ney Ney.

“16 minggu. Alhamdulillah bayi kelihatan sihat. Daddy tak sabar nak jumpa awak Ney Ney.

“Saya pasti abang Qal dan abang Dre akan menjaga awak,” kata Bossned.

Pasangan ini bernikah pada 30 Mac 2017 dalam satu majlis tertutup.

Nora memilki seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayqal yang kini berusia lapan tahun.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berumur lima tahun.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*