Dikecam Teruk Ingin Besarkan Payudara, Ini Respon Sinis Safiey Illias Kepada Tok Imam

Dikecam Teruk Kerana Ingin Jalani Pembedahan Besarkan Payudara, Ini Respon Sinis Safiey Illias Kepada Imam Yang Naik Turun
December 27, 2017
admin
Leave a comment
Satu ketika dahulu, usahawan muda, Safiey Ilyas pernah menggegarkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia ingin kembali ke pangkal jalan berubah daripada seorang ‘mak nyah’ menjadi lelaki semula. Namun, perubahan Safiey itu tidak bertahan lama apabila dia dikatakan kembali semula menjalani kehidupan lamanya.

Baru-baru ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari. Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama. Ini respon Safiey Ilyas mengenai insiden tersebut:

INI RESPOND SAFIEY ILLIAS
}Dipetik dari dalam instagram beliau sendiri … status yang agak panas, tidak pasti ditujukan kepada individu mana.

Bukan pasal mempersenda agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada ckp yg buruk2 baik cakap yg baik2 dan doa yg baik2… sebab tu lah saya cakap masa saya jadi maknyah dulu, mana ada org nak dekati untuk berubah dan berhijrah.. semua bash.. bila kita hijrah, ramai pulak ‘rakan’ baru nak tumpang nama dan glamour kata saya lah sebab mereka berhijrah…

kadang2 jgn suka label org mcm2 sebab kita tak faham apa yg mereka lalui… bila kita rasa diri kita lebih baik drpd orang, itulah sebenarnya kecelakaan besar dan bongkak dalam diri. Sebab iblis sendiri tak nak tunduk depan Nabi Adam sebab rasa diri lebih bagus. So elakkan sesekali rasa diri kita lebih baik dan bagus drpd org. .
.
Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu.
.
Apa2 pun tunggu 31 dec ni.
#Lelakicantik #perlashinekapsulmutiara #dsiempire #perlaking #31dec”

Hari ini, Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu. Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.

Artikel Berkaitan …

Dr Syahr Musafir Ajak Semua Boikot Safiey Illias

Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak? Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan lelaki kahwin lelaki. Bukan perempuan kahwin perempuan. Bukan lelaki kahwin perempuan jadian. Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki. Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti. Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain ini. FULL STOP.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya. Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya bila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.

Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”

Daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”

Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ، وَلاَ مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ.

Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.

Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.

PENGHIJRAHAN FENOMENA: SAFIEY ILIAS ᴴᴰ TV ALHIJRAH

Assalamualaikumᴴᴰ HIJRAH MENUJU ILAHI (Bersama Safiey Ilias)

SUMBER : http://www.islamituindah.info/boikot-safiey-illias-dr-syahr-musafir/

Sila lawati gedebakviral.org

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*