[ARTIS] 7 POST PALING KONTROVERSI ARTIS 2017…No. 3 TU PALING TOP!

[ARTIS] 7 POST KONTROVERSI ARTIS SEPANJANG 2017…No. 3 TU PALING TOP!

Nampaknya sepanjang tahun 2017 ini, artis lebih selesa untuk mengemaskini perkembangan terbaru menerusi media sosial. Antara platform yang paling popular adalah dengan aplikasi sosial Instagram. Namun ada baik dan buruknya jika platform ini dijadikan sebagai tempat untuk berkongsi hal peribadi kerana dalam ramai-ramai pengikut pasti ada yang membenci.

2017 bakal mengakhiri tirai nya dalam beberapa hari je lagi. Dan kalua netizen perasan banyak kontroversi timbul sepanjang 2017 ni lagi-lagi melibatkan artis. Haa di sini kami paparkan kontroversi mereka. Apa yang kontroversi sangat tu? Power sangat kah? Jom kita imbas kembali.

MILA JIRIN PAKAI SEKSI

Menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh seorang pereka fesyen tempatan ini menjadi hangat diperkatakan. Gambar tersebut menyaksikan Mila sedang bersandar di dalam tab mandi dengan pose sensual. Klik gambar untuk cerita selajutnya.

Mila mengenakan busana berwarna coklat gelap dengan kain terbelah sehingga menampakkan kakinya. Sekali pandang ternyata nampak seksi, lagi-lagi Mila tampil dengan imej muslimah . Namun sebenarnya, pandangan mata netizen yang terkeliru apabila Mila memakai seluar yang seakan-akan seperti warna kulit.

FASHA SANDHA DAN BEKAS SUAMI BERDAMAI

Menerusi akaun Instagram bekas suami Fasha Sandha, Rizal Ramli atau dikenali sebagai Jejai, seakan memberi bayangan bahawa mereka bakal rujuk semula. Namun sebenarnya mereka hanya berdamai, bukannya rujuk semula. Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Fasha menjelaskan mereka berdua telah menemukan jalan penyelesaian dengan baik. Klik gambar untuk cerita selanjutnya.

FATHIA DAN TUN MAHATHIR

Fathia mencetuskan kontroversi selepas dia memuatnaik gambar bersama Tun M di Instagram dengan menulis kapsyen meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Galeri Petronas yang terletak di bangunan berkembar KLCC.

Fatiya merasakan pemimpin negara yang dihormati seperti Tun M seolah-olah tidak dihargai dengan hilang gambarnya di Galeri tersebut. Walaubagaimanapun, gambar di Instagram tersebut telah dipadamkan serta merta oleh Fatiya sendiri kerana mungkin isu sebegini agak sensitif untuk diluahkan kepada umum.

NUR SAJAT TAYANG GAMBAR HAID

Post yang agak kurang menyenangkan untuk dilihat apabila sebuah gambar darah kotor(haid) yang telah dimuatnaik oleh pengasas dan pemilik Nur Sajat Aesthetic, Nur Sajat Kamaruzaman dimana menurut beliau sedang mengalami proses haid.

Kerana gambar tersebut, rata-rata netizen telah menghentam Sajat kerana mereka berasakan beliau tidak perlu memuat naik gambar berkenaan yang disifatkan sebagai kotor.

NADIA BRIAN PAKAI BIKINI

Bergambar seksi dalam video di Instagram telah menyebabkan Nadia diserang kecaman dari netizen. Dalam salah satu video tersebut, Nadia sedang menikmati keindahan pantai sambil mengibas rambut dengan mengenakan pakaian mandi berwarna hitam.

Video yang dimuatnaik dalam Instagram Nadia ini telah dibanjiri komen kritikan dan menjadi tular di media sosial.

KILA FAIRY TAYANG PUNGGUNG

Sebuah foto Kilafairy yang seakan-akan ingin menonjolkan punggungnya yang mantap itu telah mencetuskan kontroversi. Ternyata gambar yang satu ini dapat komen yang berbagai-bagai. Ada netizen meninggalkan komen seakan-akan berbaur lucah.

ADI PUTRA CERAIKAN KEDUA-DUA ISTERINYA

Menerusi Instagram milik Ady Putra, dia telah mengesahkan bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan isteri pertama Aida Yusof dan isteri kedua Norshahida Zolkifly. Kenyataan Ady dalam tulisan itu menunjukkan dia telah menceraikan kedua-dua isterinya sekaligus menghentikan spekulasi orang ramai mengenai kontroversi ini.

ADI PUTRA CERAIKAN KEDUA-DUA ISTERINYA

Menerusi Instagram milik Ady Putra, dia telah mengesahkan bahawa dia tidak ada apa-apa hubungan dan kaitan lagi dengan isteri pertama Aida Yusof dan isteri kedua Norshahida Zolkifly. Kenyataan Ady dalam tulisan itu menunjukkan dia telah menceraikan kedua-dua isterinya sekaligus menghentikan spekulasi orang ramai mengenai kontroversi ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*