Warga Malaysia Seludup Senjata Ke Pakistan…

Cuba Sorok Pistol Dalam Bagasi, Warga Malaysia Ditangkap di Pakistan. Apa Yang Terjadi Sebenarnya..
December 23, 2017 admin
Image result for ditahan di pakistan

SEORANG rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, Jumaat lalu, kerana disyaki menyeludup senjata.

Portal berita The Express Tribune melaporkan, suspek menggunakan pesawat Thai Airways TG 342 penerbangan ke Bangkok, Thailand, sebelum ditahan di lapangan terbang berkenaan.

Suspek yang berusia 20 tahun berasal dari Sarawak cuba menyeludup keluar empat pistol, lapan kelopak peluru dan 70 peluru yang disembunyikan di dalam bagasi dan tapak kasutnya.

Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke balai polis lapangan terbang untuk disiasat oleh pasukan perisik negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan keselamatan Pakistan semalam.

Menurut beliau, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan kumpulan militan Daish.

Laporan itu berkata, pihak berkuasa memaklumkan kes itu masih dalam siasatan termasuk motif sebenar senjata berkenaan cuba diseludup keluar dari Pakistan.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kaitan dengan militan Daish dan sedang menunggu laporan daripada pasukan keselamatan Pakistan untuk maklumat lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.

Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.

Malah, dilaporkan terdapat senjata api yang disembunyikan pada tapak kasut yang dipakai suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan lelaki itu semalam selepas dimaklumkan pihak berkuasa Pakistan.

“Berdasarkan maklumat awal, kami sahkan yang lelaki warga Malaysia ditahan di Pakistan.

“Pihak polis akan berhubung dengan pihak berkuasa di Pakistan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: hmetro / awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*