Lelaki ceroboh rumah, rogol gadis

PELABUHAN KLANG: Kurang 24 jam selepas dipercayai merogol seorang gadis berusia 13 tahun, seorang lelaki ditahan polis di rumahnya di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata jenayah di sebuah pangsapuri itu disedari ibu mangsa, kira-kira jam 3 pagi semalam.

Katanya, mangsa memasuki bilik ibunya berusia 46 tahun itu sambil menangis ketakutan dan memaklumkan dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menutup muka dan mengacu pisau.

“Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan.

“Suspek dipercayai menceroboh rumah mangsa melalui pintu utama berikutan tombol pintu rumah rosak dan boleh dibuka dari luar. Pengadu pula terlupa mengunci jeriji pintu utama,” katanya.

Katanya, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis.

Shamsul Amar berkata, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kemudian menyerbu sebuah pangsapuri juga di kawasan sama.

“Hasil serbuan, polis berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan dibuat ibu mangsa.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Siasatan awal mendapati, suspek positif methaphetamine dan juga mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Thanks to BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*