2 Pegawai SPRM Ditangkap Khalwat…

KUALA LUMPUR- Dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap khalwat di sebuah kediaman di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi hari ini (Sabtu).

Sumber daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan bahawa satu tangkapan telah dibuat dalam sebuah operasi serbuan pada jam 3 pagi tadi.
Menurut sumber itu lagi, operasi tersebut membabitkan empat orang pegawai penguatkuasa daripada Jais.

“Siasatan masih berjalan ke atas dua individu yang ditahan itu,” dedah sumber tersebut apabila ditanya oleh portal The Star Online sama ada kedua-dua yang ditahan itu merupakan pegawai SPRM.
Difahamkan, kedua-dua suspek ditemui ‘berdua-duaan’ di dalam sebuah unit kondominium di Taman Esquire.

Turut difahamkan, suspek lelaki itu memegang jawatan pengarah di salah sebuah jabatan di SPRM manakala suspek wanita pula bekerja di pejabat ketua peseuruhjaya di badan anti-korupsi tersebut.

Deskripsi Tugas-Tugas Penolong Pegawai Siasatan P29 SPRM..

Tugas-Tugas Penolong Pegawai Siasatan P29 SPRM

Tugas-tugas utama Penolong Pegawai Siasatan P29 Suruhanjaya Pencegahan Rahsua SPRM boleh di pecahkan seperti deskripsi tugas berikut :

Aspek Siasatan
Aspek Perisikan
Aspek Pendidikan Masyarakat
Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
Aspek Perundangan dan Pendakwaan
Aspek Penyelidikan dan Perancangan
Aspek Latihan
Aspek Keselamatan
Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

Huraian Skop,Fungsi,Tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 (SPRM)

Apakah peranan dan tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Siasatan P29 di bawah organisasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)?

Nota ini akan terangkan secara terperinci untuk anda memahami skop dan bidang tugas sebagai Penolong Pegawai Siasatan P29.

1.Aspek Siasatan

Menjalankan siasatan kes di bawah akta Pencegahan Rahsuah 1997 dan Anti Money Laundering and Anti Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA 2001)
Mengkaji maklumat yang hendak dibuat aduan atau menemu bual pengadu yang hendak membuat aduan.
Merancang dan mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan terbuka sama ada secara operasi pembongkaran, operasi mengejut, operasi perangkap atau siasatan biasa.
Menjalankan pemongkaran,penyemakan dokumen dan penyitaan dokumen atau harta benda yang berkaitan
Menrancang,mengesan saksi dan bertindak mengambil pernyataan saksi dan orang tertuduh (OTT)
Menjalankan “money trial and asset tracing” untuk mengesan wang hasil rasuah terutamanya yang melibatkan harta yang berlebihan menggunakan forensik perakaunan.
Membuat pemeriksaan ke atas stuktur-skurtur bangunan yang disyaki dibina tidak mengikut spesifikasi dengan menggunakan kaedah forensik kejuruteraan.
Mengesan jenayah rahsua menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan siber dengan menggunakan kaedah forensik komputer.
Membuat semakan dokumen-dokumen bank, perakaunan dan baucer pembayaran bagi mengesan transaksi rasuah.
Mengemas kini penyataan saksi & OTT dan dokumen bagi penyediaan fakta kes, “summary of evidence” dan ‘prosecution brief’ , seterusnya minit kertas siasatan kepada Ketua Cawangan.
Melaksanakan dan menyediakan proses penahanan OTT di bawah Seksyen 17 Kanun Acara Jenayah. Menguruskan dan menjalankan soal siasat ke atas orang tahanan. Proses melepaskan OTT.
Penyediaan laporan, surat nasihat atau pertuduhan OTT di mahkamah, seterusnya semua tugas dalam pendakwaan dan perbicaraan.
Menyediakan dan membekalkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam salinan dokumen-dokumen awam yang di kehendaki untuk proses penyediaan Kertas Pertuduhan.
Menyediakan laporan pakar bagi penyiasatan forensik kejuruteraan dalam sesuatu penyiasatan Badan Pencegahan Rasuah.
Memberi bantuan pemeriksaan kejuruteraan dan pengambilan sampel semasa operasi pemeriksaan tapak atau siasatan biasa, tugas pegawai adalah ‘On Scene Forensic Analysis & Investigation’
Mendapatkan bantuan dan memberi bantuan kepada agensi pencegahan rasuah berkaitan dalam penyiasatan kes rasuah di sesebuah negara lain.

2.Aspek Pendidikan Masyarakat

Menyampaikan ceramah pencegahan rahsuah kepada kumpulan sasaran sektor awam, swasta,pelajar, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), parti politik dan orang ramai.
Membantu menyelaraskan program-program seperti seminar, forum dan bengkel.
Melaksanakan program dialog, diskusi, majlis penerangan, taklimat dan wancana kepada sektor awam,swasta,pelajar,NGO dan politik.
Menyelaraskan dan mengatur program-program yang melibatkan sektor pelajar seperti Kem Sahsiah Pelajar, Konvensyen Rakan Muda, Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris, Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Teater, Aktiviti Kelab Pencegahan Rasuah, Sekretaria Pencegahan Rasuah Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS), Debat Anti Rasuah IPTA/IPTS dan Program Anak Angkat.
Menyelaraskan dan melaksanakan program-program kemasyarakatan seperti gotong-royong dan gerak mesra.
Menyelaraskan dan melaksanakan program-program penerapan nilai-nilai murni dan intergiriti kumpulan sasaran.
Membuat persembahan bermesej menggunakan pendekatan muzikal yang mengandungi lagu-lagu anti rasuah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang gejala rasuah kepada masyarakat.
3.Aspek Pemeriksaan dan Perundingan

Mengkaji dasar, undang-undang peraturan serta amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh sesebuah jabatan kerajaan yang membuka ruang dan peluang berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan serta membuat perakuan untuk membaikinya.
Meneliti laporan-laporan risikan,siasatan, Biro Pengaduan Awam, audit dan lain-lain laporan yang menjadi asas tindakan untuk tujuan pemeriksaan amalan, sistem dan tatacara sesuatu aktiviti.
Menjalankan pemeriksaan ke atas amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Menyediakan laporan pemeriksaan berhubung dengan amalan, sistem dan tatacara yang diguna pakai oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Membantu memberi khidmat nasihat kepada sesebuah jabatan kerajaan tentang cara bagaimana rasuah,penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dicegah dengan berkesan.
Membuat pemantuan ke atas kemajuan pelaksanaan cadangan-cadangan yang dikemukakan kepada jabatan-jabatan kerajaan dan membuat laporan pemantuan.
Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dalaman SPRM bagi mengemas kini dan memperbaiki atau membangunkan sesuatu sistem dan tatacara tertentu.
Mengkaji serta menganalisis aduan dan maklumat bagi mengenal pasti dasar, undang-undang, peraturan, sistem dan tatacara sesebuah jabatan kerajaan
Membantu menyediakan anggaran belanja mengurus/pembangunan tahunan bahagian pencegahan.
Mengumpul dan menganalisis data untuk dibuat pemeriksaan dan membangunkan pangkalan data yang ada kaitan dengan sistem dan tatacara sesebuah jabatan.

4.Aspek Perundangan dan Pendakwaaan

Menajalankan pendakwaan di Mahkamah Rendah
Berurusan dengan Timbalan Pendakwa Raya
Membuat laporan statistik kes pendakwaan
Membuat laporan kes pendakwaan yang telah selesai
Menguruskan permohonan sapina dan lain-lain permohonan bersangkutan dengan perbicaraan

5.Aspek Penyelidikan dan Perancangan

Mengumpul dan mendapatkan data-data/maklumat berhubung program-program pendidikan masyarakat (PenMas), merekod dan menyimpan di dalam database
Menyediakan Laporan Harian, Laporan Mingguan, Laporan Bulanan, Laporan Suku Tahun, Laporan Tahunan Bahagian dan SPRM
Menyelaras dan menjalankan Kajian Keberkesanan Program-Program Pencegahan Rasuah di seluruh negara.
Membantu merangka soalan-soalan kaji selidik dan menjadi Enumerator bagi kajian-kajian yang dijalankan
Menyediakan takwim aktiviti program PenMas Ibu-Pejabat dan negeri-negeri
Menyediakan kertas cadangan dan kertas dasar program aktiviti (bajet) PenMas.
Menyediakan anggaran bajet program-program pencegahan rasuah diperingkat Bahagian
Menyelaraskan urusan pembelian dan proses perolehan yang dipohon oleh Bahagian.
Menyediakan kertas konsep, Kertas Cadangan dan Kertas Kerja Aktiviti di peringkat Ibu Pejabat.
Menyelaraskan pelaksanaan MS ISO 900:2000 Bahagian PenMas
Menyedia dan menyelaraskan Laporan Makluman balas Jawatankuasa Penilaian PenMas
Mencerakinkan Borang Laporan Program-Program Bahagian PenMas di seluruh Negara dan membuat analisis/pelaporan
Menyelaras perjalanan kursus-kursus anjuran Bahagian dan lain-lain aktiviti berhubung pemantapan pegawai PenMas seluruh negara

6.Aspek Latihan

Membantu mengendali dan menyelaras program latihan yang berkaitan dengan aktiviti siasatan, perisikan, perundangan, pendakwaan, pemeriksaan dan perundingan, pendidikan masyarakat, latihan,pengurusan, pentadbiran dan kewangan dan kursus pencegahan rasuah yang melibatkan peserta-peserta luar negara.
Membantu mengendali dan menyelaras Kursus Perakaunan Forensik, Kursus Pembinaan Forensik dan Kursus Komputer Forensik.
Membantu memantau dan memastikan peralatan dan bahan kursus disediakan sepenuhnya
Membantu memantau dan memastikan Borang Penilaian Kursus dan Borang Penilaian Penceramah disediakan secukupnya dan diedarkan kepada peserta serta dikembalikan untuk penyediaan laporan
Menyampaikan ceramah dan menjadi fasilatator untuk latihan amal dalam kursus yang dianjurkan oleh SPRM
Membantu dalam urusan pentadbiran Program Diploma Kepolisan (PDRM-UKM) dan Program Diploma Sains Siasatan
Membantu dalam mengendalikan penyelidikan latihan kajian penilaian impak kursus, analisis keperluan latihan, penilaian latihan dan penilaian penceramah
Membantu dalam urusan pelaksanaan program sandaran negara seperti ICAC Hong Kong, ICAC New South Wales, Australia, CPIB Singapura, FBI Amerika Syarikat dan sebagainya.
Membantu dalam penyediaan Kertas Cadangan bagi penganjuran kursus/latihan
Membantu mengelola dan menyelaras lawatan pelawat dalaman dan luar negara SPRM
Membantu dalam mengelola dan urusan penganjuran konvensyen peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh SPRM
Membantu dan mengendali kursus asas/kenaikan pangkat untuk pegawai-pegawai SPRM seperti Kursus Asas Pengawal, Kursus Kepimpinan dan Pengurusan, Kursus Asas Pegawai SPRM
Menjadi jurulatih aktiviti luar bagi kursus asas dan kursus yang dianjurkan SPRM
Menyelenggara dan menyediakan alat-alat bantuan teknik yang digunakan semasa kursus sedang berlangsung
7.Aspek Keselamatan
Membantu Ketua Unit Keselamatan Fizikal, Unit Keselamatan Dokumen, Unit Keselamatan ICT dan Unit Keselamatan Peribadi.
Membantu mengurus kawalan keselamatan fizikal pejabat
Membantu mengurus kawalan kad akses dan pas keselamatan
Membantu mengurus kawalan kunci keselamatan dan bekas keselamatan
Membantu mengurus pendaftaran rahsia rasmi
Membantu mengurus kawalan keselamatan penghantaran, pergerakan dan penyimpanan dokumen berperingkat
Membantu mengurus perlantikan pegawai pengelasan
Membantu mengurus kawalan keselamatan maklumat dan rangkaian ICT
Membantu mengurus penyediaan profil dan tapisan keselamatan peribadi
Membantu mengurus permohonan, pengeluaran dan kawalan kad kuasa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*