Angkara Cemburu Buta…Sanggup Potong Tangan Potong Kemaluan…Dunia Oh Dunia….Apa Nak Jadi???

GARA-gara cemburu melampau, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memotong kedua-dua pergelangan tangan isterinya.Dmitry Grachyov, 26, berbuat demikian kerana mendakwa isterinya, Margarita menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain. Doktor bagaimanapun berjaya menyambung sebelah tangan wanita itu semasa pembedahan kecemasan dilakukan.

Menurut laporan akhbar di Moscow, Grachyov didakwa mengheret isterinya ke dalam hutan dan memotong tangan mangsa menggunakan kapak.

Suspek bertindak di luar batasan kerana tahu isterinya mengaku curang.

Bagaimanapun, Grachyov yang panik selepas terlihat tangan Margarita berlumuran darah sempat menghantar isterinya itu ke hospital sebelum menyerah diri ke balai polis.

Margarita terpaksa menjalani pembedahan selama sembilan jam untuk menyambung semula salah satu pergelangan tangannya selepas insiden itu.

Namun pergelangan tangan kanannya mengalami kecederaan parah dan gagal diselamatkan.

Pasangan itu berkahwin selama lima tahun dan dikurnia dua orang anak lelaki masing-masing berusia empat dan tiga tahun.

Rakan Margarita yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang bahagia percaya wanita itu akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Ahli keluarga Margarita turut mendakwa pernah terdengar Grachyov mengugut untuk membunuh isterinya itu dan sanggup dipenjarakan.

Sumber : MStar

Dakwa Dianiaya, Wanita Potong Kemaluan Bekas Kekasih

Johanny Diaz dan Samuel Ventura Garcia semasa menjalinkan hubungan cinta.

SEORANG wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya.

Suspek turut didakwa memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedar sebelum kemaluannya dipotong.

Ketika kejadian, pasangan itu sebelum tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican.

Menurut laporan polis, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, bertengkar dan memutuskan hubungan mereka.Diaz kemudiannya bertindak meletakkan dadah dalam minuman Garcia sehingga dia tidak sedarkan diri.

Suspek melarikan diri selepas memotong kemaluan Garcia.Dia bagaimanapun berjaya ditahan polis Republik Dominican.

Menurut laporan daripada pihak polis, Garcia dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan.Garcia perlu menjalani pemulihan sekurang-kurangnya selama dua bulan, selepas pembedahan empat jam.

Menurut laporan, Diaz tidak menyesal melakukan serangan itu, kerana dakwanya dia menjadi mangsa penganiayaan Garcia yang memaksa bersamanya. – Mirror

Sumber :MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*