Kejammm…. Atuk, nenek, cucu dibunuh, dibakar

Atuk, nenek, cucu dibunuh, dibakar

BANTING – Dua pasangan warga emas serta dua cucu dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Mangsa berusia lingkungan tiga hingga 60-an ditemui rentung selepas rumah mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.50 pagi.

Menurutnya, pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran pada jam 7.00 pagi dan menjumpai empat mayat yang telah rentung.

“Hasil siasatan awal bomba mendapati ada unsur khianat.

“Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Polis Selangor¬† mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa terbabit,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum dibakar.

Katanya, bagaimanapun, punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saya lihat ahli keluarga ditetak sebelum api dinyalakan”

 

KUALA LANGAT – Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.

Kanak-kanak itu memaklumkan detik-detik kejadian itu melalui satu video yang dirakam oleh jirannya yang berdurasi 1 minit 37 saat selepas kanak-kanak itu berjaya menyelamatkan diri.

Dia yang ketika itu menaiki basikal memberitahu, ketika lelaki itu memecah masuk kediaman yang dihuni bersama empat ahli keluarganya, dia mengacukan parang.

“Saya berlari ke tandas bagi menyelamatkan diri dan melihat ahli keluarga saya ditetak sebelum api dinyalakan lelaki itu.

“Saya dengar dia cakap dalam bahasa melayu tetapi mukanya saya tak nampak sebab dia pakai topeng,” katanya.

Menurutnya, dia hanya keluar daripada tandas sebaik lelaki itu beredar dengan mengayuh basikal ke kawasan sekitar bagi mendapatkan bantuan jiran.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, dua kanak-kanak termasuk datuk dan nenek maut dalam kebakaran membabitkan kediaman mereka di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, di sini.

Mereka yang maut dikenali Chia Tee Nang, 73, and isteri, Lim Mai Shak, 68, serta dua cucu masing-masing dikenali Chia Yuan Bin, 3, dan Ryan Chia Zeng Xi, 9.

Sinar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*