Jalan Doraisamy Di Serbu….GRO bergelek Bollywood

KUALA LUMPUR 30 NOVEMBER 2017. Warga asing ditahan pada operasi Ops Gegar di Jalan Dorasamy. NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Kuala Lumpur: Tarian gelek goyang Bollywood. Itu antara pekerjaan beberapa wanita Bangladesh, Pakistan dan Nepal yang dikesan menyalahgunakan pas lawatan sosial sepanjang berada di negara ini.

Mereka yang turut berkhidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan sekitar ibu kota mampu memperoleh pendapatan bersih sehingga RM5,000 sebulan.

Kegiatan itu dibongkar susulan Operasi Gegar (Op Gegar) yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di lima premis hiburan di Jalan Doraisamy, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 12
tengah malam, 67 warga asing membabitkan pengunjung, pekerja premis dan GRO diperiksa.

Ketua Risikan, Operasi dan Tahanan JIM Kuala Lumpur Mohd Shahrulnizam Ismail berkata, pihaknya menahan 23 warga asing termasuk empat wanita berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun dalam serbuan itu.

 

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, kebanyakan mereka tidak memiliki permit sah untuk bekerja di pusat hiburan selain menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai GRO.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Bangladesh, India, Pakistan serta Nepal yang berkunjung dan bekerja di premis yang bertemakan Bollywood itu,” katanya.

Mohd Shahrulnizam berkata, serbuan yang turut disertai anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut mendapati dua daripada premis yang diperiksa tidak memiliki lesen.

“Semakan pihak DBKL mendapati dua premis diserbu tidak memiliki lesen menyebabkan notis dan kompaun dikeluarkan terhadap pusat hiburan berkenaan.

“Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) akta yang sama dan Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain bagi menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan warga asing yang melanggar peraturan ditetapkan.

 

Credit to MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*